Isnin, 1 Disember 2014

Si Booolat.

Belasungkawa.


Boolat kiter yg seekor ni dah pun pergi. Sedar-sedar pagi tadi menyelit di balik-balik daun pokok.
Ingatkan nak makan or amik oksigen. Rupanya? Huwaaa.



Arwah dulu, baik dan gebus-gebas jenisnya.



Nah dah siap kapankan guna tisu berlapis-lapis.
Nak tanam kat bawah rumah.




Tinggal lah seekor lagi. Kesepian tanpa teman.


Si Boolat ni sebenarnya dari family Ikan Emas juga. Namanya Pearl Scale Goldfish (Ikan Emas Sisik Mutiara). Badannya bulat macam bola golf. Yg kiter beli ni, ekornya hitam. Ada juga yg ekor putih.


Dalam banyak-banyak ikan, kiter paling suka tengok ikan ni berenang. Terkedek-kedek imbang badan sarat bulat dengan ekor goyang kanan kiri. Dari belakang, macam ayam! Kikiki. Memang boleh tergelak sorang-sorang kalau perhatikan.


Kiter pun ada 2 lagi Ikan Emas. Kat kedai tulis namanya Ikan Emas Butterfly.
Nanti ada masa, kiter update ye.




Luv,
Marlina






2 ulasan:

  1. malam nanti mesti mimpi suruh kutip tulang ikan emas..tanam tepi kolam.. nanti tumbuh pokok besar siap ada buai.. hiiii..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kikiki comel je awak ni tau. Very the mcm cerita Himpunan Kisah Dogeng kat TV3 tu :D

      Padam