Rabu, 10 Disember 2014

AtkinsON #Day2

Assalam semua! Selamat pagi. Salam 1 Malaysia.


OK OK OK seperti yg dijanjikan, ini dia apa yg kiter makan untuk Hari ke-2.

Dimulakan dengan Bismillah. Disudahi dengan Alhamdulillah. Hehee.


Pagi tu bangun-bangun, opkos minum air mineral.
Pastu dah lapar, NO NO NO. Nasib ada Timun Jepun sebagai alas perut.


Ni Egg Muffin (Mufin Telur) untuk Brunch. Sarapan + Makan tengah hari.
Telur 2 biji + susu segar + daun bawang + ayam sikit + cili padi + cheese + serbuk paprika + garam sikit.

Ayam Bakar Rosemary + Brokoli. Mashed Potato tu kiter bagi si Carrie makan.
Ni untuk tea time + dinner. Kat IKEA, haruslah meriah uols!
(Tahan je napsu-napsi tengok Meatball, Kek Almond, Puding Karamel & macam-macam lagi lah *nanges*)


Ni kira snek lah. Salmon Ball kat IKEA.
Isinya, nampak berulas-ulas (eh betul ke ayat kiter ni?) isi ikan Salmon. Yummy!


Lepas menyumbangkan suara sumbang kat karaoke Cineleisure,
member ajak lepak Teh Tarik Place pulak. Dugaaaan!
Tak tahu dah nak order apa.
Akhirnya? Ni dia Limau Panas NO GULA.


In between meal ni, agak-agak lapar je... Kunyah lagi si Timun Jepun.
Ni lah dugaan orang suka mengunyah ni. Tak lengkap rasanya tanpa kudapan. Cewahhh!


Air mineral semalam rasanya 4 Liter kot.
Hah kiralah berapa kali pergi toilet pulak. Hahaha


Alhamdulillah survived #Day2! 
Much much much better than #Day1.


Sebab?

Dah tak pening-pening lalat dan gigil-gigil macam #Day1.
Kiter dah bertenaga kemas rumah semua, siap basuh baju (padahal auto je. kikiki)


Senaman semalam?

Sapu-kemas rumah. Sit-up 10x. Berlari setempat 10 minit.
Berjalan dari IKEA ke Ikano ke Cineleisure ke Curve pastu masuk balik IKEA, jalan lagi ke Cineleisure, lepak Curve dan akhirnya jalan ke IKEA dan ke parking dan pulang ke pangkal jalan.

Percaya atau tak, berjalan dalam mall ber-air cond tu pun, boleh terasa bahang dan berpeluh weh!
Fuhhh terbakor!


Harap-harapnya #Day3 akan jadi lebih baik. Tunggguuuuu.





Luv,
Marlina






2 ulasan:

  1. Bila date kat ikea nanti, sila belanja sy menu ini. Sekian, harap maklum.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh sajaaa Kak Nis. Meh ler menge-date! Kiter memang nak belanje akak pong. Nak-nak kiter dah sealiran sepemakanan ni. Hahaha

      Padam