Rabu, 17 Disember 2014

Wordless Wednesday #10

Senyap bukan bermakna LENYAP.
Cuma lebih beringat-ingat.




Luv,
Marlina


Hilang 3 Kilo. Syukur :)


Lamaaaaaanya tak update. Sebab bizi sikit hujung minggu haritu.


Setelah 8 hari ber-Atkins, semalam timbang dah turun 3 KG.
Alhamdulillah.


TAPI tak tahu lah tang mana yg turun 3 KG tu. 
Tak nampak pun.



OK takpe, jangan putus asa. Jangan cepat sangat happy.

Teruskan lagi ye. Ayuh!


Doakanku terus kental.




Luv,
Marlina



Selasa, 16 Disember 2014

Bersalin.

Pernah tak...


Bila kawan-kawan bercerita pasal mengandung, due date, beranak dan bersalin.
Dan kau?
Hanya mampu bersalin kulit!



Luv,
Marlina

Isnin, 15 Disember 2014

Jasa GULA.


Jangan tak percaya...

Sehalus-halus gula, besar jasanya.

Bukan hanya pemanis hidangan...
Tapi juga pengawal perasaan.


P/S: Sejak tak amik gula ni, aduhhhhh berperang dengan tekak je selalu. Baru ku tahu, betapa manisnya hari-hariku bersamamu gula suatu masa dulu.




Luv,
Marlina

Khamis, 11 Disember 2014

AtkinsON #Day4

Haluuu haluuu haluuu!

Harini sempat sikit nak update pada hari yg sama.
Sambil-sambil amik mood nak tulis skrip iklan TV ENO.


Baiklah. Inilah dia Menu Atkins-ku #Day4.


Dimulakan dengan Green Tea. Sebab bangun je ala-ala lemah.


Feveretku setiap pagi. Telur 1/2 masak.
Mula-mula buat sebijik je. Lepas tu hmm up lagi 1 bijik. Maka, 2 bijik ler.

Ayam Panggang Black Pepper untuk makan tengah hari bersama......


....Sayur Felato eh Petola hehe.

Weeehooo ini MENU BARU ATKINS-ku.
Pizza Telur Tuna-Vege Berkeju. Yummy dinner!

Tadi atas Pemanggang Ajaib. Ni atas pinggan. Sekarang? Dalam perut dah.
Burpppp!



Air mineral harini 5 Liter. Wow-weeeee!
In between meals, opkos Zucchini si Temun Jepun jadi teman mengunyah.


Senaman hari ni?

  • Sapu-kemas rumah.
  • Plank 1minit 10saat
  • Lompat Bintang 20kali
  • Sit-up 10kali
  • Stepper burn 100kalori



Dugaan hari ni?
Husbandku si Kaki Kondem! Dia kata, diet apa ni?Asyik makan je. Abistu? Takkan nak makan angin, minum air je kan? Susah cakap dengan orang yg tak paham & tak sehaluan ni. Zzzzzz.


So far, Alhamdulillah survived #Day4.


Happy hari ni sebab berjaya bersenam & buat menu baru. 
OK akan explore lagi menu-menu sihat Atkins nanti kat sini OK =)





Luv,
Marlina



Throwback Thursday #5



Tahun: 2013, Januari
Lokasi: Chillis, Citta Mall
Umur: 26 



Masa ni...
Seminggu sebelum kiter nikah kot.
Kawan-kawan kiter buat Bachelorette Party untuk kiter. Kitorang punya party, takdelah party mana pun. Takat makan, surprise-surprise, gelak-gelak, amik gambar. Tapi cukup buat kiter happy.


Pwinchess in the making gittew!


Tenkiu berry much, GurlzStuffz =)




Luv,
Marlina


AtkinsON #Day3

Assalam. Selamat bercoti untuk yg keje kat Selangor.


Ok, nak share menu #Day3 pulok semalam.


Dimulakan dengan Green Tea panas. Ni lah pengganti kopi 3 in 1 tiap-tiap pagi.


Telur 3/4 masak 1 biji.

Salad Campur + Kubis Ungu + Ayam Panggang Black Pepper NO DRESSING/MAYO
untuk makan tengah hari.

Haaa ni cara makannya! Anggaplah Salad tu nasi ataupun pasta. Hihihi.

Ni tea time. Pedal + Hati Ayam goreng. 
Tak elok diamalkan tapi belasah je lah sebab dah lapor. Janji boleh makan. Hehe.

Sup Ikan Bilis Sayur Campur + Telur untuk dinner.
AMARAN: Rupanya, carrot tak leh makan. Baiklah tak makan carrot dah untuk 2 minggu.

Ni all-day snack! Zucchini aka Timun Jepun. Fresh dan sedap krup kruppp!


Air mineral 4 Liter semalam.

Senaman?

Kemas rumah dan senaman-senaman ringan lain.


Dugaan semalam?
Potong Epal sejuk dari peti ais untuk husband pastu dia request goreng Chicken Ball pulak.
Perghhhh! Bergetar jiwa ni. Tahannnn je lah.


OK, pasni nak pelbagaikan menu lagi. Tungguuuuu!


Moga terus istiqamah ya, Marlina!




Luv,
Marlina