Khamis, 11 Disember 2014

AtkinsON #Day4

Haluuu haluuu haluuu!

Harini sempat sikit nak update pada hari yg sama.
Sambil-sambil amik mood nak tulis skrip iklan TV ENO.


Baiklah. Inilah dia Menu Atkins-ku #Day4.


Dimulakan dengan Green Tea. Sebab bangun je ala-ala lemah.


Feveretku setiap pagi. Telur 1/2 masak.
Mula-mula buat sebijik je. Lepas tu hmm up lagi 1 bijik. Maka, 2 bijik ler.

Ayam Panggang Black Pepper untuk makan tengah hari bersama......


....Sayur Felato eh Petola hehe.

Weeehooo ini MENU BARU ATKINS-ku.
Pizza Telur Tuna-Vege Berkeju. Yummy dinner!

Tadi atas Pemanggang Ajaib. Ni atas pinggan. Sekarang? Dalam perut dah.
Burpppp!



Air mineral harini 5 Liter. Wow-weeeee!
In between meals, opkos Zucchini si Temun Jepun jadi teman mengunyah.


Senaman hari ni?

  • Sapu-kemas rumah.
  • Plank 1minit 10saat
  • Lompat Bintang 20kali
  • Sit-up 10kali
  • Stepper burn 100kalori



Dugaan hari ni?
Husbandku si Kaki Kondem! Dia kata, diet apa ni?Asyik makan je. Abistu? Takkan nak makan angin, minum air je kan? Susah cakap dengan orang yg tak paham & tak sehaluan ni. Zzzzzz.


So far, Alhamdulillah survived #Day4.


Happy hari ni sebab berjaya bersenam & buat menu baru. 
OK akan explore lagi menu-menu sihat Atkins nanti kat sini OK =)





Luv,
Marlina



Tiada ulasan:

Catat Ulasan