Isnin, 8 Disember 2014

AtkinsON #Day1


Tak tahulah kenapa dengan Blogger.
Tetibeh post Re-induction Atkins #Day1 kiter hilang. 
Nanges nanges nanges.


Nak taip balik, feel tak sama.


Maka?

Buat summary je lah. Janji rekod apa yg kiter makan setiap hari.


Sarapan pagi. Telur 3/4 masak.

Timun Jepun buat kunyah-kunyah.


Timun Jepun cicah Tuna Cili Padi untuk kunyah-kunyah tahap kritikal.
Sebab lapar + gigilzzz.

Makan tengah hari. Homemade Ayam Panggang + Salad + Mayones Kewpie (merah)

Tea time. Homemade Chic-bits Panggang cicah Sos Peri-peri Nando's Extra Hot.


Makan malam. Telur 3/4 masak 2 biji.




Air mineral lebih kurang 3 Liter. 


Alhamdulillah survived #Day1. 
Tapi tapi tapi pening kepala sangat-sangat. Lemah rasanya.
Rasa macam tak berfungsi sekejap sampaikan 1 skrip radio pun, idea keluar sebutir je. Zzzzz.
Pastu macam cranky. Nak bad mood, macam nak marah je. Hahaha.


Rumah bersepah. Tak kemas. Very the Monday Blues.


Moga kekentalan sentiasa bersamaku. 





Luv,
Marlina



5 ulasan:

  1. Chiyok Ina. Akak dah melepasi tiga hari tu, memang rasa lain mcm sikit but normal x pengsan hahaha. Rest sehari kemudian sambung balik. Tp p klinik doc kata tak boleh tibai sampai sebulan telur tu. Kena berselang. 1 minggu telur...1 minggu tanpa telur...gitulah sampai kurus hahaha. Kurus ke???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahhh Kak Nis pon ber atkins! Dah hari ke berapa tuu? Semalam ya Allah pening sakit kepala ok.. Harini macam ok sikit dah la. Dah boleh kemas2 rumah semua & berlari-lari anak sikit. Hehe. Oh cam tu eh. Tenkiu Kak atas info yg diberi.. Ye laaa telur je paling senang n cepat dimasak kan. Maunya tak hari-hari

      Padam
    2. Ada member dah buat, tiga hari dia turun 1.8 kg. Nanges aku dik. Nak jugak cenggitu. Tapi mungkin tgk badan kot. Jenis kumpul lemak mcm akak, sure lama sikit. Takpe lama2 jd kurus la...nak memulakan tu senang tapi kasi istiqomah tu perghhh dugaannya...

      Padam
  2. Ya Allah tak berani nak cuba diet cenggini. Kalau duk umah maybe lah kot. Karang kerja menyusahkan orang nak angkat daku pi klinik bawak. Hahaha. apa-apa pun seronok tengok kamu bersemangat begini. Chaiyookkks!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha Ain takpe.. abg sado ada, boleh angkat gi klinik bawah tu. Weewittt!
      Harap-harap terus kental & berjaya selim-melim lah.

      Rasa tak sihat bila badan naik. Nangessssss

      Padam