Ahad, 30 November 2014

Mi Bertingkek-tingkek!

Salam hujung minggu semua.


Semalam, akhirnya merasa juga makan Boat Noodle yg tengah 'panas' kat timeline FB & Instagram. Maka, ke Damansara Perdana lah kiter! Tenkiu berry much Hada & Leen sebab sudi membawa kiter keluar, mencuba suatu yg baru.



Nama restoran: Boat Noodle, Damansara Perdana.
Landmark: Kafe Jekyll & Hyde pastu dekat-dekat dengan 7E & Bagel Shop.



Ni menunya. Hish nasiblah ada si Hada. Kalau kiter, gamaknya tak tahu nak order.







Tu diaaa Boat Noodle. Kesemuanya 12 mangkuk.
1 mangkuk RM1.90.



Rasanya sedap jugak. Chinese style.
Untuk tekak Melayu, rasanya adalah macam Mee Hailam sikit-sikit.
Tabur pulak cili flakes, memang brrrrr lah citernya!




Alhamdulillah. Settle.




Settle semangkuk, tindankan mangkuk sampai tingginya bertingkek.



Yang penting?




Kalau rasa-rasa nak bergambar reramai tapi tangan tak berapa nak panjang (contohnya, macam gambar ni ler. Kikiki), jangan risau.


Sebab....



Hehehe :D


Hmmm kesimpulannya, Boat Noodle kegilaan ramai ni sedap juga lah.

Tapi bak kata orang, selera bermusim je ni... Sementara tengah 'panas', baik cuba ye dak?





Nah belanja wefie sepam. Muka kenyang.


Tapi tapi tapi dalam masa tak sampai sejam, lapar balik! Haha 'celah gigi' je katanya.


Siapa pernah cuba Boat Noodle? What say you?





Luv,
Marlina





Jumaat, 28 November 2014

(Bukan) Pondok Pak Ya.

Pernah tak...


Lepas solat Maghrib, masih bertelekung terus terbaring-baring sambil naip blog kat iPong sementara nunggu masuk waktu Isya' pastu... Kau rasa kau macam dalam cerita Pondok Pak Ya?

Mulianya meninggal dunia dalam keadaan bertelekung.




Luv,
Marlina


3 in 1.

Pernah tak...


Macam KRIKKK KRIKK bila mak mertua tanya mana susu pekat?
Nampak sangat bancuh Milo & Kopi segera je hari-hari.



Luv,
Marlina

Lagu.

Pernah tak...


Bila dengar satu lagu tu kan, kita macam kembali ke minggu-bulan-tahun-zaman yang lepas?
Terus throwback cerita lama. Terus teringat orang yg dulunya selalu ada dengan kita tapi sekarang dah tak ada. Terus macam ada ulang tayang dalam otak ni, main semula jalan cerita.

Dalam terlupa atau cuba-cuba nak lupa, tetibeh teringat semula.
Masih segar lagi dalam ingatan rupanya.
Lagu memang power!



#justnowlisteningto Give Me A Reason by Pink + Nate (Fun)




Luv,
Marlina



Ingat-ingat Jumaat #3


Walaupun Gerak Hati ada kalanya membantu.
Tapi... Kata Hati tak boleh diikut selalu.


Abistu, canne? Kompius kan?
Eh sakit pulak Hati kiter! :D


Sudahnya?
Hati-hati je lah ye.



Luv,
Marlina

Malam tadi di Kulcats.

Salam Jumaat semua!


Malam tadi, buat pertama kalinya ke Kulcats Barrio kat TTDI. Masuk TTDI, mulalah nak KLMJ *nanges* huhu. OK, nak cerita pasal Kulcats. Bukan KLMJ.


Sebelum ke sini, selalu baca post Nabila Huda pasal Kulcats. Kafenya bersaiz sederhana dengan feel ala-ala hipster. Memang sini port baek untuk yg suka snap gambar makanan (kiter ler tu. Hehe) dan berposing guna filter-filter di Instagram. Memang best untuk lepak sampil mengopi bersama kengkawan. Sangat Cool-Cats ok!


Ok, siapa kat sini suka makan Aglio Olio?

Sayeeeee!


Memang ke mana-mana bila tekak rasa nak makan pasta, itulah yg diorder.
Kat Kulcats, ada 2 pasta utk mereka yg gilakan Olio. Ada Breadcrumbs (ada beef bacon) & Ocean 13 (segala tok nenek seafood - udang, sotong, mussel).


Pilihan kiter adalah....



Ta-daa! Ocean 13.


Rasanya sedap. Isinya pun banyak. Tambah pulak dgn chilli flakes, memang nyums!
Tapi tapi tapi kalau tengok pada portionnya (tak banyak, tak sikit. Just nice), agak pricey untuk harganya yg RM29 ittew. Mungkin sebab ada mussel, harganya gitu kot.


Baiklah. Siapa kat sini pernah pergi Kulcats Barrio?

Boleh suggest apa lagi yg best kat sana tak?




Luv,
Marlina

Khamis, 27 November 2014

Tak kena.

Pernah tak...


Jatuh cinta yang betul-betul jatuh cinta tapi... Masanya tak kena.
Dan terpaksa paksa diri (cuba) lupakan saja?



Luv,
Marlina