Memaparkan catatan dengan label MarlinaRayau-rayau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MarlinaRayau-rayau. Papar semua catatan

Rabu, 10 Disember 2014

AtkinsON #Day2

Assalam semua! Selamat pagi. Salam 1 Malaysia.


OK OK OK seperti yg dijanjikan, ini dia apa yg kiter makan untuk Hari ke-2.

Dimulakan dengan Bismillah. Disudahi dengan Alhamdulillah. Hehee.


Pagi tu bangun-bangun, opkos minum air mineral.
Pastu dah lapar, NO NO NO. Nasib ada Timun Jepun sebagai alas perut.


Ni Egg Muffin (Mufin Telur) untuk Brunch. Sarapan + Makan tengah hari.
Telur 2 biji + susu segar + daun bawang + ayam sikit + cili padi + cheese + serbuk paprika + garam sikit.

Ayam Bakar Rosemary + Brokoli. Mashed Potato tu kiter bagi si Carrie makan.
Ni untuk tea time + dinner. Kat IKEA, haruslah meriah uols!
(Tahan je napsu-napsi tengok Meatball, Kek Almond, Puding Karamel & macam-macam lagi lah *nanges*)


Ni kira snek lah. Salmon Ball kat IKEA.
Isinya, nampak berulas-ulas (eh betul ke ayat kiter ni?) isi ikan Salmon. Yummy!


Lepas menyumbangkan suara sumbang kat karaoke Cineleisure,
member ajak lepak Teh Tarik Place pulak. Dugaaaan!
Tak tahu dah nak order apa.
Akhirnya? Ni dia Limau Panas NO GULA.


In between meal ni, agak-agak lapar je... Kunyah lagi si Timun Jepun.
Ni lah dugaan orang suka mengunyah ni. Tak lengkap rasanya tanpa kudapan. Cewahhh!


Air mineral semalam rasanya 4 Liter kot.
Hah kiralah berapa kali pergi toilet pulak. Hahaha


Alhamdulillah survived #Day2! 
Much much much better than #Day1.


Sebab?

Dah tak pening-pening lalat dan gigil-gigil macam #Day1.
Kiter dah bertenaga kemas rumah semua, siap basuh baju (padahal auto je. kikiki)


Senaman semalam?

Sapu-kemas rumah. Sit-up 10x. Berlari setempat 10 minit.
Berjalan dari IKEA ke Ikano ke Cineleisure ke Curve pastu masuk balik IKEA, jalan lagi ke Cineleisure, lepak Curve dan akhirnya jalan ke IKEA dan ke parking dan pulang ke pangkal jalan.

Percaya atau tak, berjalan dalam mall ber-air cond tu pun, boleh terasa bahang dan berpeluh weh!
Fuhhh terbakor!


Harap-harapnya #Day3 akan jadi lebih baik. Tunggguuuuu.





Luv,
Marlina






Rabu, 3 Disember 2014

Teksi Kucing Pink.

Meowwwww!

Nak cerita ni. Malam tadi kiter lepak The Strand. Pastu, nak balik rumah cam biasa lah panggil driver. Bukan personal driver tapi abang drebar teksi. Kikiki.

Macam biasa, MyTeksi lah penyelamat keadaan.

Tak lama lepas tu, drebar teksi call. Kata lagi 2 minit sampai, teksi warna pink.

Masa tu tak amik port sangat. Sekali datang, mak ai!



Kucing ke Teksi ni?



Nampak tak ekor cinonet kat bonet tu?




Ta daa! 
Kucing boleh. Teksi pun boleh.




Si Putera Katak. Comelnya siap ada crown ok!
Pic creditted to: Instagram #MyWildTeksi




Jaga-jaga. Jangan sampai termasuk perut Jerung! Bahaha
Pic creditted to: Instagram #MyWildTeksi



Semalam sempat borak-borak dengan Abe Teksi. 
Katanya, ni promosi MyTeksi. Semuanya 15 teksi. 5 kucing, 5 katak, 5 jerung sedang berlegar-legar kat KL & Lembah Klang sampai 31 Disember ni.


Macam malam tadi, rezeki kiter lah naik teksi ni. Abe tu kata, nasib-nasib je. Syukur. Freeeee oi! Dah lah syok teksi cantik. Merasa jugak naik Teksi Almera ni. Hehehe.


Abe tu kata, tahun depan ada lagi teksi ni tapi charge mahal sikit lew. Tapi sekali-sekala cuba try test benda baru, apa salahnya ye dak?




Luv,
Marlina








Isnin, 1 Disember 2014

Alahai Ketipung Payung.



Lokasi: Damansara Perdana

Cantik kan?


"Can ma li can... Ketipung Payung..."


Ketipung Payung tu maksudnya lebih kurang macam Si Intan Payung.
Kesayangan gitu.


Word of the day!



Luv,
Marlina



Ahad, 30 November 2014

Throwback Today #4



Tahun: 2013
Lokasi: Grand Lexis, Port Dickson
Umur: 26



'Cause I don't wanna lose you now

I'm looking right at the other half of me
The vacancy that sat in my heart
Is a space that now you hold



Show me how to fight for now
And I'll tell you, baby, it was easy
Coming back into you once I figured it out
You were right here all along



It's like you're my mirror
My mirror staring back at me


I couldn't get any bigger

With anyone else beside of me


And now it's clear as this promise

That we're making two reflections into one


It's like you're my mirror

My mirror staring back at me, staring back at me





Luv,
Marlina


Mi Bertingkek-tingkek!

Salam hujung minggu semua.


Semalam, akhirnya merasa juga makan Boat Noodle yg tengah 'panas' kat timeline FB & Instagram. Maka, ke Damansara Perdana lah kiter! Tenkiu berry much Hada & Leen sebab sudi membawa kiter keluar, mencuba suatu yg baru.



Nama restoran: Boat Noodle, Damansara Perdana.
Landmark: Kafe Jekyll & Hyde pastu dekat-dekat dengan 7E & Bagel Shop.



Ni menunya. Hish nasiblah ada si Hada. Kalau kiter, gamaknya tak tahu nak order.







Tu diaaa Boat Noodle. Kesemuanya 12 mangkuk.
1 mangkuk RM1.90.



Rasanya sedap jugak. Chinese style.
Untuk tekak Melayu, rasanya adalah macam Mee Hailam sikit-sikit.
Tabur pulak cili flakes, memang brrrrr lah citernya!




Alhamdulillah. Settle.




Settle semangkuk, tindankan mangkuk sampai tingginya bertingkek.



Yang penting?




Kalau rasa-rasa nak bergambar reramai tapi tangan tak berapa nak panjang (contohnya, macam gambar ni ler. Kikiki), jangan risau.


Sebab....



Hehehe :D


Hmmm kesimpulannya, Boat Noodle kegilaan ramai ni sedap juga lah.

Tapi bak kata orang, selera bermusim je ni... Sementara tengah 'panas', baik cuba ye dak?





Nah belanja wefie sepam. Muka kenyang.


Tapi tapi tapi dalam masa tak sampai sejam, lapar balik! Haha 'celah gigi' je katanya.


Siapa pernah cuba Boat Noodle? What say you?





Luv,
Marlina





Jumaat, 28 November 2014

Malam tadi di Kulcats.

Salam Jumaat semua!


Malam tadi, buat pertama kalinya ke Kulcats Barrio kat TTDI. Masuk TTDI, mulalah nak KLMJ *nanges* huhu. OK, nak cerita pasal Kulcats. Bukan KLMJ.


Sebelum ke sini, selalu baca post Nabila Huda pasal Kulcats. Kafenya bersaiz sederhana dengan feel ala-ala hipster. Memang sini port baek untuk yg suka snap gambar makanan (kiter ler tu. Hehe) dan berposing guna filter-filter di Instagram. Memang best untuk lepak sampil mengopi bersama kengkawan. Sangat Cool-Cats ok!


Ok, siapa kat sini suka makan Aglio Olio?

Sayeeeee!


Memang ke mana-mana bila tekak rasa nak makan pasta, itulah yg diorder.
Kat Kulcats, ada 2 pasta utk mereka yg gilakan Olio. Ada Breadcrumbs (ada beef bacon) & Ocean 13 (segala tok nenek seafood - udang, sotong, mussel).


Pilihan kiter adalah....



Ta-daa! Ocean 13.


Rasanya sedap. Isinya pun banyak. Tambah pulak dgn chilli flakes, memang nyums!
Tapi tapi tapi kalau tengok pada portionnya (tak banyak, tak sikit. Just nice), agak pricey untuk harganya yg RM29 ittew. Mungkin sebab ada mussel, harganya gitu kot.


Baiklah. Siapa kat sini pernah pergi Kulcats Barrio?

Boleh suggest apa lagi yg best kat sana tak?




Luv,
Marlina

Selasa, 4 November 2014

Jom pergi ZOO: Part 2 - 18 SX

Hai semuaaa!

Pagi ni sambung balik cerita Zoo ok?

Sebenarnya takde lah panazzz mana pun.

Tapi kebetulan hari tu, Singa tengah projek daaa... Public pulak tu hah.
Siap ada abang kat situ kata "free show free show!"
Diam-diam sudah. Ni tak pasal-pasal segan haih.









Si Singa Betina muka macam... "hmm pasghah itu menyeghah."


Sepanjang kiter kat sana, tak tau lah dah berapa kali ntah.
Setiap kali, mesti ngaumannya aummm aummm dari jauh dah dengar.


Pastu jangan kata Singa, si Kumbang Tanduk kat Taman Rama-rama pun nak jugak.
Adoilah.





Kesimpulannya.
Mereka macam manusia juga.
Ciptaan Tuhan.


Luv,
Marlina



Isnin, 3 November 2014

Jom pergi ZOO: Part 1 - TerkeZOOt!

Salam Senin semuaaa!


Ntah macam mana teringin pulak nak melawat kengkawan lama. Dah bertahun kot tak jumpa. Last datang Zoo Negara, masa diploma dulu kot. Buat assigment PhotoComm.

Beriya bebenor time tu, ke hulur ke hilir bawa DSLR. Ececeh bajet pro sangat!

Ok, dah dah. Takmo cerita hal lama. Ni nak cerita hal semalam.



Haaaaa nampak tak apa yg kiter nampak?
Tang harga tiket tu.


Kalau rasa teringin nak nengok Si Panda, kena tambah RM20.
Maka? Jadilah RM50 seorang.

Sudahnya? Takpelah... Tengok KungFu Panda je lah.


Masa tu terik. So naiklah keretapi yg dipanggil Tram tu.
Naik Tram kena bayor juga. RM5sorang  untuk 2 kali naik.


Bila haus, berhenti jap kat ada kiosk jual makan minum.
100 Plus? RM4.50 setin woi!
Lepas minum, nak buang tin pun rasa saaayang sangat.
Seteguk tu umpama RM1.

Jadi jadi jadi?
Pandai-pandailah seludup makanan sendiri ye.

Perjalanan diteruskan.
Jalan punya jalan. Zoo dulu kini dan selamanya, tak banyak berubah.

Oh tapi Zoo Negara sekarang dah ada Taman Rama-Rama.





Masuk dalam ni, fefeeling wonderland sangat sebabnya Rerama semua berterbangan keliling kiter.



Tu namanya Rerama Gergasi!


Yg lain-lain tu sama je lah natang nye pun.

Tapi personally...
Macam sedih pulak tengok Zoo Negara hari tu.

Kenapa?
  • Kotor tak terurus
  • Sangkar Burung Enggang macam semak samun sangat
  • Paham ni Zoo bukan Taman Bunga tapi ada tempat tu yg kiter lalu sampai sanggup tahan nafas. Tak lalu nak hirup udara tak berapa onz tu.
  • Tempat Reptilia macam mati segan hidup tak mahu.

Tapi Surau Terapung kat sini ni memang terbaik.
Luas. Selesa. Ada air-cond pulak tu.


Ok lah sampai sini je untuk Part 1.
Part 2 nanti lebih panazzz!

Jeng jeng jeng. Tunggguuuuu.


Luv,
Marlina