Memaparkan catatan dengan label Throwback. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Throwback. Papar semua catatan

Khamis, 11 Disember 2014

Throwback Thursday #5



Tahun: 2013, Januari
Lokasi: Chillis, Citta Mall
Umur: 26 



Masa ni...
Seminggu sebelum kiter nikah kot.
Kawan-kawan kiter buat Bachelorette Party untuk kiter. Kitorang punya party, takdelah party mana pun. Takat makan, surprise-surprise, gelak-gelak, amik gambar. Tapi cukup buat kiter happy.


Pwinchess in the making gittew!


Tenkiu berry much, GurlzStuffz =)




Luv,
Marlina


Ahad, 30 November 2014

Throwback Today #4



Tahun: 2013
Lokasi: Grand Lexis, Port Dickson
Umur: 26



'Cause I don't wanna lose you now

I'm looking right at the other half of me
The vacancy that sat in my heart
Is a space that now you hold



Show me how to fight for now
And I'll tell you, baby, it was easy
Coming back into you once I figured it out
You were right here all along



It's like you're my mirror
My mirror staring back at me


I couldn't get any bigger

With anyone else beside of me


And now it's clear as this promise

That we're making two reflections into one


It's like you're my mirror

My mirror staring back at me, staring back at me





Luv,
Marlina


Khamis, 27 November 2014

Throwback Thursday #3

"Awak kat mane? Awak awak kat mane?"


Sejak-sejak meletop lagu ni sana-sini, harini kiter nak throwback pasal penyanyinya lah.
Siapa lagi kalau bukan Taufik Batisah



Tahun: 2011
Lokasi: AMP Studio, ASTRO.
Umur: 24


Cerita di sebalik gambar:
Dulu-dulu kan ASTRO ada buat event Gempak, ni macam ala-ala Jom Heboh tu ler. Ada Gempak Astro, Gempak Selebriti Astro, Gempak Desa Astro. Back to 2011, ASTRO ada buat event besor punye kat Pasir Gudang, Gempak Astro Revo namanya. Jadi, sebagai Copywriter untuk advertising agency yg handle ASTRO, kenalah buat skrip iklannya (yg ni untuk OAP - On Air Promo). Dah buat skrip, haruslah kena pergi recording. Maka di AMP Studiolah, daku singgah ketika itu.


Apa kena mengena Amy Search, Hazama & Taufik Batisah?
Oooh diorang tu 'suara' (VO talent) untuk skrip Gempak Astro Revo kiter tu. Tugas kiter kat studio tu kira macam coach mereka bertiga pasal sebutan, intonasi, lenggok bunyi sambil cuci mata. Eh! Seronok beb bila retis-retis baca bait-bait kata skrip yg kiter tulis. Skrip yang selama beberapa hari dok hadap peram kat PC. Berbunga rasanya hati. Cewahhh!


Paling ingat masa recording dengan diorang?
Yang paling spoting-moting oppkosss lah si otai Amy Search. Masa tu, datang dengan wife dia. Sembang punya sembang, orang Johor samelah kiter! Makin seronok jumpa orang senegeri. Rasa seronok dengar Amy sebut "Peeeeewittt!" LIVE. Perghhh terbaek!
Hazama pulak biasa-biasa je, suka gelak-gelak dalam studio. Suara pun power!


Taufik Batisah apa citer?
Woahhh itu bikin luruh jantung! Haha sampai balik opis, terus youtube lagu dia lah. Berdebar kot nampak Taufik. Dia ala-ala memalu dan tak banyak cakap sangat tapi banyak senyummm *cair*. Masa recording lepas dia test-test baca line skrip tu, boleh pulak dia tanya kat kiter "Cik Copywriter, betul ke macam ni? Ke nak try tone lain?". Perghhh masa tu kiter dah malu, tapi kerja punya pasal cover je ler. Kikiki. Memang teringat-ingat sampai ke tahun 2014.



Luv,
Marlina

Khamis, 6 November 2014

Throwback Thursday #2


Tahun: 2010
Lokasi: Paragon/Y&R Malaysia
Umur: 23


Cerita di sebalik gambar:
Gambar pertama officially sebagai Copywriter. Masa ni, junior. Baru kerja. Hihi.
Lihatlah bertama huru-haranya meja tu. Henpon Nokia Twist. Ada lagi tapi dah jadi khazanah muzium lemari lah. Rambut tu amboi bajet-bajet ginger dedolu. Sekarang? Malas dah. Kiter pilih yg asli. Hitam itu menawan. "Siapa bilang Gadis Melayu tak menawan?" Bak kata Jamal Abdillah.

Copywriter tu apa?
Copywriter tu satu-satunya cita-cita kiter. Cewah!
Copywriter tu Penulis Iklan dalam BMnya. Tapi ada jugak yg panggil Penulis Kreatif. Kesimpulannya, memang memerah otak berpikir idea gila-gila kentang dan menulis.
Tulis skrip iklan TV, iklan TV dan segala tok nenek iklan.

Dilema jadi Copywriter?
Dilemanya, nama tu sendiri. Hehe. Kalau balik kampung org tanya kerja apa? Jenuh nak terangkan. Ada yg ingat kerja kiter macam memfotostat dokumen je kat opis. Mungkin sebab perkataan Copy tu. Tak kurang juga, ada yg ingat daku kerja tulis Iklaneka yg macam dalam surat khabar tu. Ada jugak yg bila kiter kata kerja iklan, siap kata glamorrrlah masuk TV. Hahaha adoi kiter bukan model pun nak masuk TV. Masuk opis je mampu. Kihkihkih. Apa-apa je lah, kiter pasghah.


Apa-apa pun, 
Kiter memang saaaaayang sangat kerja kiter. #iLoveMyJob gitu.
Selagi tak tutup mata, menulis dan Copywriter sentiasa dalam hati kiter.


Korang semua pun mesti ada cita-cita kan?



Luv,
Marlina


Khamis, 30 Oktober 2014

Throwback Thursday #1

Haluuuu semua!

Nak #campakbelakang masa kiter kawin.
1 Feb 2014 - Nikah
2 Feb 2014 - Sanding

Terima kasih PetikDetik Photography untuk gambar-gambar ni.
Terima kasih buat ahli keluarga & kawan-kawan yg membantu.

Doakan kami cepat-cepat ada baby yer!
















Luv,
Marlina





Jumaat, 17 Oktober 2014

Tiada lagi InstaGila.

Salam Jumaat semua!
Eh ada ke yang baca ni? Haha takpelah kiter bagi je lah salam.

Korang ada Instagram tak?
Dulu masa mula-mula signup Instagram, memang gian.
Gian nak upload gambar. Kalau boleh semua gambar nak amik.
Main-main effect/filter, edit-edit konon-konon berseni sangat.

Upload punya upload hari-hari, sampai dah 1360++ posts!

Baru-baru ni sejak dah tak kerja ni, tetibeh datang hidayah. Bluwekkk!
Takdelah... Sebenarnya, nak kurangkan bersosial di sosial media ni je.

Habis kiter delete-delete gambar sampai tinggal 339 posts je takat hari ni.



Kalau yg ada IG tu,

Jangan lupa cari hashtag ni:




#YelloDapo #yellodapoMarlina
- Kat situlah koleksi dapur berasap kiter. Maklumlah, kiter jarang turun dapo orangnya. Sekali turun, nak-nak berjaya pulak cuba resipi baru, mestilah kena rekod. Very the Hari Ini Dalam Sejarah.




#ProjekTamanAstakoNa
- Yang ni pulak koleksi bunga-bunga & pokok-pokok kat balkoni comel kiter ni. Saje seronok-seronok, terapi diri katanya. Hijauuu rasanya mata hitamku.

#Marlinadantehais
- Siapa Hantu Teh Ais kat sini? Ok, seppp sikit! Kiter suka explore try-try Teh Ais. So, kita share ala-ala review gittew Teh Ais mana yg terbaek! Kalau korang ada port Teh Ais best kat tempat korang pun, letak sekalilah hashtag ni. Kiter nak try jugak pelisss

Sebenarnya kalau cerita pasal hashtag ni, banyak lagi projek-projek hashtag kiter macam #100daysofhappiness #365daysofhappiness #pantang30hari and macam-macam lagi lah.


Luv,
Marlina



Khamis, 16 Oktober 2014

Selamat Tinggal, Twitter!

Assalamualaikum. Haluuuu!
Buat apa tu?
Nak bagitau ni, kiter dah delete account Twitter.
Mula Tweet rasanya 2009.
Tapi sejak dah masuk 2014 ni, rasa macam hmm malas nak ber-tweet.

Jadi? Kasi totop lah!

Mula-mula terkial-kial gak dok carik 'Deactivate Account'.
Kalau guna fon, carilah sampai bila pun memang tak jumpa.
Nasib baik ada bantuan Abang Google.


Sekali lafaz. Settle. Yabedabedooooo!



Luv,
Marlina