Memaparkan catatan dengan label ProjekTamanAstakoNa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ProjekTamanAstakoNa. Papar semua catatan

Selasa, 25 November 2014

Mawar Merah.

"Sekuntum Mawar Merah, sebuah puisi.
Untuk gadis pilihan... oh di bulan Februari."


Eh, ternyanyi pulak. Saper tahu lagu ni? Angkat tangan!



Ni gambar Sabtu haritu.



OK, kasi close up sikit.


Mekar meriah betul si Mawar Merah. Ikutkan, dah lamaaa berbulan juga tak berbunga sebenarnya. Haritu, si Merah Jambu yg mekar. Ada kiter simpan gambar, nanti in shaa Allah kiter post ye.
Memang berlapis-lapis kelopaknya. Wangi pulak tu.


Punyalah mekar besar sampai batang terbengkok. Tak tertampung!

Kiter memang suka bunga Mawar (cik Ros) ni. Rasanya semua wanita sedunia pun suka jugak kennn.


Nak jaganya tak susah. Cukup air, cukup cahaya matahari, cukup kasih sayang, baja 2 minggu sekali... mekar mewangi lah ia. Pastu agak-agak daun-daun dia dah ala-ala kertu tu, guntingkan aje. Sebab nak bagi peluang tunas baru muncul.


Barulah sihat walafiat cik Ros tu :)



Luv,
Marlina






Khamis, 6 November 2014

Oksigenku.

Hello gemorning from Happy Balkoni :)




Saja ubah-ubah alih-alih sikit. Tapi tak siap lagi ni.


Eh eh macam banyak pasu kosong je tu. Macam ada point nak beli bunga lagi je.

Seronok rasanya selak-selak langsir, nampak hijau & warna-warni.
Selain si ikan, ni lah hiburan kiter hari-hari. Hehee. Berbunga rasa hati bila tengok semuanya berbunga-bunga.


Camne boleh datang ilham nak jaga bunga kat rumah?

Hari tu ada tengok Romantika kat Astro tu. Masa tu slot Diana Amir & Habib. Entah macam mana tertangkap dengan kata-kata Habib. Katanya (lebih kurang macam ni lah...)

"Daripada letak bunga plastik, baik bunga hidup. Sebab tumbuh-tumbuhan ni semua tak duduk diam. Diorang semua berzikir pada Tuhan setiap masa."


Haaa tu yg terminat tu!

Mengikut pengalaman sendiri, memang tenang sejak ada bebunga ni hah. Bosan-bosan sambil siram, sambil bercakap dengan diorang. Macam kawan.




Luv,
Marlina





Selasa, 4 November 2014

Ulat Naik Daun :'(

Assalam semua...

Siapa kat sini ada tanam bunga?

Harini nak cerita pasal Bunga Zinnia kiter ni. Kiter namakan diorang Zinnia Zinta. Sebab diorang ni cantik sangat macam Preeti Zinta!


Cantik kan?


Tapi tu Bunga Zinia yg dulu. Sekarang? Cuba tengok apa jadi. *Nanges*


Daunnya rosak. Warna bunganya tak semeriah dulu. Pudar je.
Yg oren dah macam kuning. Yg pink dah macam putih.



Sedih. Sedih. Sedih.

Angkara siapakah ini?


Inilah ketuanya. Sihat gems yg amat kan?
Inilah perosak masa depan bunga-bungaku yg cantik menawan *nanges*

Sebelum-sebelum ni, jumpa anak-anak dia je.. 
Sekali jumpa ni, perghhh memang terkejut giler!
Kenyang sangat sampai tak larat nak ngesot.

Dah ku campak dikau.
Moga bahagia hidup kat rumput-rumput bawah ni.



Baru-baru ni pergi nurseri bunga beli ubatnya.
RM5 je. Hanya campur air pastu spray kat daun.

Nyah kau, Perosak!

Korang kalau ada tips jaga bunga, share lah kat sini ok :)



Luv,
Marlina





Selasa, 21 Oktober 2014

Bunga Asah Pensil.

Assalam semua. Salam Selasa.

Sorry dah berapa hari tak update.
Sebab sibuk dok godek-godek camne nak update blog dgn cepat dan sepantas kilat guna iPong ni.
Jenuh juga kena backup gambar-gambar kat Google+ pastu baru boleh upload.

Tapi takpe. Semua dah settle.

Nak cerita ni...
Haritu ada pergi nurseri bunga. Macam biasalah, rambang mata!
Pusing punya pusing, last-last beli bunga ni.

Korang tahu tak apa nama bunga ni?
Aritu tanya abg nurseri tu. Cakap pun perlahan je, macam dalam kelambu. Haha.
Sudahnya, beli tak tahu nama.



Macam lebihan asah pensil kan bentuknya?

Sekali angkut 3 pot!
Pink. Maroon. Purple. Sebab 3 pot RM10 je uols.
Rugi tak beli.





Nak jaganya pun senang.
Siram sehari sekali. Bagi kena matahari. Baja 2 minggu sekali.
Ye laa, kiter duduk apartment je. Bunga-bunga ni semua dok kat balkoni.
Mestilah kena pastikan cara nak menjaganya senang kan...

Tengok tu, banyak pulak putiknya.





Tak sabar nak tunggu kembang semua.

Siapa yang ada tanam bunga kat balkoni?
Meh laa kongsi-kongsi cerita dgn kiter.
Seronok nak belajar :)

Luv,
Marlina



Jumaat, 17 Oktober 2014

Tiada lagi InstaGila.

Salam Jumaat semua!
Eh ada ke yang baca ni? Haha takpelah kiter bagi je lah salam.

Korang ada Instagram tak?
Dulu masa mula-mula signup Instagram, memang gian.
Gian nak upload gambar. Kalau boleh semua gambar nak amik.
Main-main effect/filter, edit-edit konon-konon berseni sangat.

Upload punya upload hari-hari, sampai dah 1360++ posts!

Baru-baru ni sejak dah tak kerja ni, tetibeh datang hidayah. Bluwekkk!
Takdelah... Sebenarnya, nak kurangkan bersosial di sosial media ni je.

Habis kiter delete-delete gambar sampai tinggal 339 posts je takat hari ni.



Kalau yg ada IG tu,

Jangan lupa cari hashtag ni:




#YelloDapo #yellodapoMarlina
- Kat situlah koleksi dapur berasap kiter. Maklumlah, kiter jarang turun dapo orangnya. Sekali turun, nak-nak berjaya pulak cuba resipi baru, mestilah kena rekod. Very the Hari Ini Dalam Sejarah.




#ProjekTamanAstakoNa
- Yang ni pulak koleksi bunga-bunga & pokok-pokok kat balkoni comel kiter ni. Saje seronok-seronok, terapi diri katanya. Hijauuu rasanya mata hitamku.

#Marlinadantehais
- Siapa Hantu Teh Ais kat sini? Ok, seppp sikit! Kiter suka explore try-try Teh Ais. So, kita share ala-ala review gittew Teh Ais mana yg terbaek! Kalau korang ada port Teh Ais best kat tempat korang pun, letak sekalilah hashtag ni. Kiter nak try jugak pelisss

Sebenarnya kalau cerita pasal hashtag ni, banyak lagi projek-projek hashtag kiter macam #100daysofhappiness #365daysofhappiness #pantang30hari and macam-macam lagi lah.


Luv,
Marlina