Memaparkan catatan dengan label PernahTak?. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PernahTak?. Papar semua catatan

Selasa, 16 Disember 2014

Bersalin.

Pernah tak...


Bila kawan-kawan bercerita pasal mengandung, due date, beranak dan bersalin.
Dan kau?
Hanya mampu bersalin kulit!



Luv,
Marlina

Isnin, 1 Disember 2014

Blues Senin.

Pernah tak...


Walaupun tak masuk opis...
tetap terasa blues di hari Senin yg mulia?



Luv,
Marlina

Tahan.

Pernah tak...


Rindu sangat kat orang? Yang kita mampu buat hanya tahan. Tahan, tahan, tahan sampai tak mampu nak tahan. Lalu? Air mata mencurah-curah macam hujan.

Hujan lagi hati ini, kata Dayang Nur Faizah.



Luv,
Marlina


Ahad, 30 November 2014

Gegar Vaganza.

Pernah tak...


Bila tengok Gegar Vaganza kat Astro Ria tu, dengan kita-kita layan nyanyi sekali?
Setiap Ahad malam, kat rumah macam ada karaoke free!



Luv,
Marlina

Jumaat, 28 November 2014

(Bukan) Pondok Pak Ya.

Pernah tak...


Lepas solat Maghrib, masih bertelekung terus terbaring-baring sambil naip blog kat iPong sementara nunggu masuk waktu Isya' pastu... Kau rasa kau macam dalam cerita Pondok Pak Ya?

Mulianya meninggal dunia dalam keadaan bertelekung.




Luv,
Marlina


3 in 1.

Pernah tak...


Macam KRIKKK KRIKK bila mak mertua tanya mana susu pekat?
Nampak sangat bancuh Milo & Kopi segera je hari-hari.



Luv,
Marlina

Lagu.

Pernah tak...


Bila dengar satu lagu tu kan, kita macam kembali ke minggu-bulan-tahun-zaman yang lepas?
Terus throwback cerita lama. Terus teringat orang yg dulunya selalu ada dengan kita tapi sekarang dah tak ada. Terus macam ada ulang tayang dalam otak ni, main semula jalan cerita.

Dalam terlupa atau cuba-cuba nak lupa, tetibeh teringat semula.
Masih segar lagi dalam ingatan rupanya.
Lagu memang power!



#justnowlisteningto Give Me A Reason by Pink + Nate (Fun)




Luv,
Marlina



Khamis, 27 November 2014

Tak kena.

Pernah tak...


Jatuh cinta yang betul-betul jatuh cinta tapi... Masanya tak kena.
Dan terpaksa paksa diri (cuba) lupakan saja?



Luv,
Marlina


Hormon M.

Pernah tak...


Rasa macam Hormon M membuak-buak?
Sampai nak makan pun, sanggup pakai sudu plastik stok makan-makan Raya lepas.
Punyeeelah tak nak pakai sudu besi. Sebab?
Nanti nak kena basuh. Hihihi.

Tau tak Hormon M tu apa?




Luv,
Marlina


Selasa, 25 November 2014

Fobia.

Pernah tak...


Rasa macam fobia nak campur manusia?
Lebih selesa bersendirian ke mana-mana.
Kalau ada teman pun, cukuplah 2-3 kerat je.
Sebab... Rasa percaya tu makin takde.
Ramai yang mukanya dua, tiga.



Luv,
Marlina

Doa.

Pernah tak...


Rasa tenang sangat bila kita doakan orang lain?
Biarlah siapa pun dia... Yg pasti, doa memang power!
Kebaikan untuk yg didoakan.
Ketenangan untuk yg mendoakan.



Luv,
Marlina

Selasa, 18 November 2014

Kira-kira.

Pernah tak...


Kau kira-kira duit nak beli satu benda? 
Walaupun hanya... Set KFC?
Padahal dulu boleh tutup mata, beli je semua.
Boleh beli mesin basuh & iPong 5S dan macam-macamlah dalam bulan yang sama.
Boleh tengok movie hari-hari. 
Beli beli beli... Tak risau apa.
Sebab bulan depan masih ada.


Sekarang? Kena kira-kira.
Bosan, kan.




Luv,
Marlina

Masa.

Pernah tak...


Rasa macam masa tu tak berjalan TAPI berlari?
Eh, rasanya sekarang ni masa dah macam terbang naik jet!
Lajuuuuu sangat.
Tinggal kurang lebih sebulan ke 2015.

Rasa tak?




Luv,
Marlina

Rabu, 12 November 2014

Jatuh.

Pernah tak...

Rasa jatuh yang betul-betul jatuh?
Mulanya hati je jatuh. Jatuh sampai cedera. Makin lama, makin parah. Makin lama, jatuh sampai 7 kaki bawah tanah. Sudahnya? Jatuh segalanya, satu-persatu.

Jatuh.

Jatuh.

Jatuh.

Paksa bangun, jatuh lagi.

Jatuh.

Terjunam.

Terbenam.

Tertanam.

Jahanam.


Cuba lagi bangun. Bangun. Bangun.
Berdiri. Berjalan. Berlari.

Dan... Terbang lagi.

Terbang macam dulu, terbang tinggi tinggi tinggi.


P/s: Dalam tak sedar, masa menulis ini juga...air mata terus jatuh. Jatuh.





Luv,
Marlina


Selasa, 11 November 2014

Pemadam.

Pernah tak...

Rasa macam nak beli Pemadam? Pemadam luar biasa. 
Yang boleh padam segala kenangan yang tinggal kenangan.
Yang boleh padam nama yang pernah dulu bagi kiter harapan.

Kalau boleh, padam sekali segala kesedihan dan kekecewaan.
Biar padam. Dan terus padam. Padam.



Luv,
Marlina

Isnin, 10 November 2014

Tertinggal.

Pernah tak...

Rasa macam 'stuck in the past'?
Macam... Jasad kau dah 2014.
Tapi jiwa raga kau masih di 2013.




Luv,
Marlina





Pentipu.

Pernah tak...


Hari-hari tipu-tipu diri sendiri?



Luv,
Marlina

Tak Sama

Pernah tak...


Lain di sisi.
Tapi... Lain pula yang beraja di hati?



Luv,
Marlina

Tertanya-tanya

Pernah tak...


Rasa tertanya-tanya teramat sangat. Nak tahu hari ni dia buat apa, dengan siapa, pergi mana?
Tapi sebab tak nak sakitkan hati sendiri, mampu diam je macam takde apa-apa.
Nampak macam tak kisah, tapi Tuhan je tahu betapa sebenarnya kita tak tentu arah.


Macam lagu "I Don't Wanna Know" tu.



Luv,
Marlina




Jumaat, 7 November 2014

Weekend.

Kan best macam dulu...

Bila hujung minggu bukan hanya Ahad & Sabtu?
Sebab ada U, hari-hari pun macam hujung minggu.



Luv,
Marlina