Jumaat, 31 Oktober 2014

Tadi malam bikin Apam.

Apam pom pom pom!

Tengok baki nasik ada dalam peti sejuk.
Separuh buat nasik goreng dah. Ada sikit lagi tu.

Ok, jangan membazir no no no!

Meh kiter buat Apam Tepung Beras ok?

Blend semua bahan-bahan

Siap blend. Tuang dalam mangkuk besar. Tutup. Perap 1 jam.

Sementara tu, sapukan acuan lompang dengan minyak masak.

Nak senang, adunan tadi letak dalam bekas ada muncung camni.
Senang tuang dalam acuan cinonet tu.

Kukus 30 minit pun dah masak.
Balut penutup sebab tak bagi air menitis. Nanti apam tak naik.

Panas! Panas! Dah siap.
Baru siap dah hilang 1, acanne? 


Ta daaaaa! Dah keluar dari acuan.

Ting ting ting tong! Tak makan ngan kelapa pun takpe...


Ok selamat cuci mata & berhujung minggu.



Luv,
Marlina

Ingat-ingat Jumaat #2

Salam Penghulu Segala Hari semua!

Ok hari ni, kiter nak share ni.
Jangan jari lebih laju dari otak tau.

Walaupun kadang-kadang bila hati panas, ada jugak post yg terbabas. Hehee.
Kiter cepat-cepat delete balik. Hehee tu kiter punya perangai lah.

No No No.


Mengikut pengalaman sendiri yg macam korang semua jugak yg suka menulis...

Suka berkongsi... Sedar atau tak, banyak benda yg kita perlu hati-hati.

Sebab kadang-kadang indirectly, org menilai atau menghukum kita dari apa yg kita tulis dan kongsi.

Tak pasal-pasal jadi modal org bersembang.


Hmm.. Org tu biarlah. Lantak pi lah nak kata apa!

Yg penting, kita jaga diri kita ok.



Luv,
Marlina

Khamis, 30 Oktober 2014

Throwback Thursday #1

Haluuuu semua!

Nak #campakbelakang masa kiter kawin.
1 Feb 2014 - Nikah
2 Feb 2014 - Sanding

Terima kasih PetikDetik Photography untuk gambar-gambar ni.
Terima kasih buat ahli keluarga & kawan-kawan yg membantu.

Doakan kami cepat-cepat ada baby yer!
















Luv,
Marlina





Rabu, 29 Oktober 2014

Ni makan dia!

Hai hai hai buat apa tu?

Dah makan ke?
Kalau belum, nah kiter belanja.


Padprik Ayam


Brokoli + Cendawan Shitake masak Sos Tiram


Telur Dadar Mayonnaise


Macam tak percaya, sekarang ni hari-hari makan masakan sendiri.
Sabtu Ahad je makan kat luar.

Yg lebih tak percaya, berselera pulak kiter makan hah!
Hmmm mungkin lapor kot lepas siap buat kerja rumah semua kan.

Ok, harini kiter nak share tips masak Cendawan Shitake.

Sebelum dimasak, rebus dulu Shitake sampai mendidih. Pastu, toskan airnya.
Kenapa kena rebus dulu?
Sebab bau Shitake ni kuat sangat! Macam petai tapi versi cendawan. Hehe.
Bila dah rebus + tos, barulah 'mild' sikit rasanya.


Ok, selamat mencuba!


Luv,
Marlina


Hujan.

Haluuu Assalam semua!
Petang-petang bila hujan korang buat apa?

Dulu masa kerja... Hujan, ribut, petir semua tak terasa. Cuma tahu sejuk and extra sejuk menggigil tahap Kutub Utara Kutub Selatan. Itu je lah.

Macam petang ni hujan selebat-lebatnya dengan kilat sabung-menyabung.
Hujan di luar, kiter kat bilik dihujani idea. Cewahhh!

Berdebar-debar kejar masa. Letih woi otak macam berlari.
Tapi hari ni seronok sangat menulis. Sebabnya?

Sebab....

Sejuk.
Baring atas bantal gebu, beralaskan tilam empuk.
Berseluar tido bercorak Playboy Bunny kecik-kecik 
dengan top comfy.
Di tangan, ada iPong.
Menulis dalam selimut.
Gesel-gesel kaki kat cadar sejuk.

Syok giler!


Diam tak diam, siap 6 skrip iklan radio dalam 3 jam.
Terima kasih Hujan Rahmat!




Nampak tak?
Bila hati tenang, segala kerja jadi senang.



Luv,
Marlina

Isnin, 27 Oktober 2014

Jangan tanya!

Assalam semua...

Nak kongsi semalam punya cerita. Rasa kecik sangat hati kiter ni.
Sebenarnya dah berapa bulan slowly, kiter tak nak campur orang. Nak menyendiri buat hal sendiri je.

Sebabnya?

Ni lah tak tahan dgn sifat 'terlebih mesra' orang kita yg tak pikir perasaan org lain.

Sabtu aritu jalan sorang-sorang kat One Utama, tersempak dengan 3 orang yg dikenali.
Sorang menanyakan hal kerja, nak kerja mana.
Yg lagi 2 orang, soalannya "Dah ada ke?" "Dah ada isi ke?"

Kiter jawab jugak lah "ada anak tekak je buat masa ni." "Ada isi perut je."
Harap maklum & paham kata-kata hati pedihku itu ye.

Pastu semalam pergi kenduri kawin adik bestpren kiter.
Terdengar pulak suara yg kiter tahu tujukan kat kiter.

"Eh bukan dia ni ke kawin dulu sebelum yang tu."

Yg tu tu kawan kiter yg tengah pregnant. Sedihnya ya Allah. Terus down!


Nape? Mengandung tu kena ikut turutan ke?


Tobatlah bertambah membara rasanya tak nak bercampur orang lagi.

Pastu, lagi pedih bila konon ada yg bajet nak buat lawak.
Siap pegang perut kiter pastu kata

"Eh, baby kicking lah"

Tuhan je tahu masa tu menangis sangat-sangat dalam hati.



Down. Sedih. Kecik hati. Menangis.


Luv,
Marlina


Jumaat, 24 Oktober 2014

Ingat-ingat Jumaat #1

Untuk semua, Salam Jumaat.
Marilah kita saling ingat-mengingat.



Mengikut pengalaman sendiri, Hadis Riwayat Tirmizi ni memang betul. Dan pernah terjadi dalam hidup kiter. 

Dulu, sibuk mengata menghina mengutuk orang atas kesilapan yg dilakukan. Tup tup dibaginya kita situasi sebijik macam orang yang dikata. Dan kiter pulak telan kutukan dan penghinaan orang. 

Memang pedih. Memang sedih. 

Betul org kata, sebab nila setitik, maka rosak susu sebelanga.
Disebabkan 1 kesilapan, 1000 kebaikan dilupakan begitu saja.

Sejak kejadian 'setepek' kena kat diri sendiri tu, kiter jadi lebih berhati-hati. Tak nak mengata atau menghukum org lain walau apa pun kesilapannya. Takut sangat-sangat terkena balik kat diri sendiri.

Sebab kita ni manusia, tak pernah ada yg sempurna.
Mungkin kita ni nampak baik di hadapan yg lain bukan bermakna kita sempurna.
Tapi sebab Dia sayang kita. Dia tutup aib kita.

Itulah hikmah dan pengajaran yg kiter nak kongsi. 
Moga menjadi insan yg lebih baik dari hari ke hari.

Salam Maal Hijrah.


Luv,
Marlina