Rabu, 10 Disember 2014

Wordless Wednesday #9




Luv,
Marlina



AtkinsON #Day2

Assalam semua! Selamat pagi. Salam 1 Malaysia.


OK OK OK seperti yg dijanjikan, ini dia apa yg kiter makan untuk Hari ke-2.

Dimulakan dengan Bismillah. Disudahi dengan Alhamdulillah. Hehee.


Pagi tu bangun-bangun, opkos minum air mineral.
Pastu dah lapar, NO NO NO. Nasib ada Timun Jepun sebagai alas perut.


Ni Egg Muffin (Mufin Telur) untuk Brunch. Sarapan + Makan tengah hari.
Telur 2 biji + susu segar + daun bawang + ayam sikit + cili padi + cheese + serbuk paprika + garam sikit.

Ayam Bakar Rosemary + Brokoli. Mashed Potato tu kiter bagi si Carrie makan.
Ni untuk tea time + dinner. Kat IKEA, haruslah meriah uols!
(Tahan je napsu-napsi tengok Meatball, Kek Almond, Puding Karamel & macam-macam lagi lah *nanges*)


Ni kira snek lah. Salmon Ball kat IKEA.
Isinya, nampak berulas-ulas (eh betul ke ayat kiter ni?) isi ikan Salmon. Yummy!


Lepas menyumbangkan suara sumbang kat karaoke Cineleisure,
member ajak lepak Teh Tarik Place pulak. Dugaaaan!
Tak tahu dah nak order apa.
Akhirnya? Ni dia Limau Panas NO GULA.


In between meal ni, agak-agak lapar je... Kunyah lagi si Timun Jepun.
Ni lah dugaan orang suka mengunyah ni. Tak lengkap rasanya tanpa kudapan. Cewahhh!


Air mineral semalam rasanya 4 Liter kot.
Hah kiralah berapa kali pergi toilet pulak. Hahaha


Alhamdulillah survived #Day2! 
Much much much better than #Day1.


Sebab?

Dah tak pening-pening lalat dan gigil-gigil macam #Day1.
Kiter dah bertenaga kemas rumah semua, siap basuh baju (padahal auto je. kikiki)


Senaman semalam?

Sapu-kemas rumah. Sit-up 10x. Berlari setempat 10 minit.
Berjalan dari IKEA ke Ikano ke Cineleisure ke Curve pastu masuk balik IKEA, jalan lagi ke Cineleisure, lepak Curve dan akhirnya jalan ke IKEA dan ke parking dan pulang ke pangkal jalan.

Percaya atau tak, berjalan dalam mall ber-air cond tu pun, boleh terasa bahang dan berpeluh weh!
Fuhhh terbakor!


Harap-harapnya #Day3 akan jadi lebih baik. Tunggguuuuu.





Luv,
Marlina






Isnin, 8 Disember 2014

AtkinsON #Day1


Tak tahulah kenapa dengan Blogger.
Tetibeh post Re-induction Atkins #Day1 kiter hilang. 
Nanges nanges nanges.


Nak taip balik, feel tak sama.


Maka?

Buat summary je lah. Janji rekod apa yg kiter makan setiap hari.


Sarapan pagi. Telur 3/4 masak.

Timun Jepun buat kunyah-kunyah.


Timun Jepun cicah Tuna Cili Padi untuk kunyah-kunyah tahap kritikal.
Sebab lapar + gigilzzz.

Makan tengah hari. Homemade Ayam Panggang + Salad + Mayones Kewpie (merah)

Tea time. Homemade Chic-bits Panggang cicah Sos Peri-peri Nando's Extra Hot.


Makan malam. Telur 3/4 masak 2 biji.




Air mineral lebih kurang 3 Liter. 


Alhamdulillah survived #Day1. 
Tapi tapi tapi pening kepala sangat-sangat. Lemah rasanya.
Rasa macam tak berfungsi sekejap sampaikan 1 skrip radio pun, idea keluar sebutir je. Zzzzz.
Pastu macam cranky. Nak bad mood, macam nak marah je. Hahaha.


Rumah bersepah. Tak kemas. Very the Monday Blues.


Moga kekentalan sentiasa bersamaku. 





Luv,
Marlina



Shopping Sihat.


Ni pun alkisah hujung minggu haritu.


Hasil tangkapan.


Nampak gayanya, kali ni lepas study punya study pasal Atkins - barulah faham apa yg boleh makan tak boleh makan.


For induction (minima 2 minggu):
Boleh makan ayam, ikan, telur, sayur hijau, green tea & air masak sahaja.

Sos Peri-peri Nando's - Sos paling rendah karbo. 
Mayonais Kewpie (Merah) - Mayo paling rendah karbo.


Bolehlah nak buat cicah-cicah ke kan.


Info-info ni banyak kiter dapat bila join Kelab Diet Atkins Malaysia.
(Joinnya dah lama, tapi baru nak start! kikiki)


Nanti kiter update menu apa yg kiter melantak setiap hari ok. In shaa Allah.

Moga jiwa kental sentiasa bersamaku.




Luv,
Marlina






Makan Tak Habis.


Salam Isnin semua!
Kat opis ke tu? 

Ni cerita hujung minggu haritu. Suami kiter buat perangai lagi. Makan separuh-separuh.
Sebab dia ada dengar ceramah kat TV, elok buat camtu.

p/s: Siapa dalam friend list kiter, tahulah pe'el dia ni. Ada post awal tahun haritu kikiki.



Biar isteri tu tak keras kepala, dengar kata. Hahaha (nampak sangat kiter ni hah degil ya Rabbi!)




Kuih Onde-onde & Kasturi separa-baham!


Si isteri spesies suka tertanya-tanya, apa lagi terus Google. Ni lah hasil yg dijumpai.
Saje-saje kongsi kat sini. Moga bermanfaat ye :)



Sharing is caring gittew!



Luv,
Marlina


Sabtu, 6 Disember 2014

Ingat-ingat Jumaat #4






Bila terjatuh, baru beringat.

Memang betul, lepas ni banyak nak kena beringat-ingat.


Sama-samalah kita menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Sama-sama muhasabah. Yakin yakin yakin mesti ada hikmah.





Luv,
Marlina




Jumaat, 5 Disember 2014

Job-less.


Bukan jobless, TAPI job-less.

Sebab dah tak masuk opis. Freelance dari rumah je.


Maka, harini...

Genaplah 3 bulan tak kerja!

Pertama kali dalam hidup jadi macam ni.
Dulu, abis SPM je terus kerja part time.
Tiap kali Cuti Semester, kerja part time 2 bulan.
Agak-agak sesak, masa study dulu Sabtu Ahad kerja part time jugak.

Senang cerita...

Selagi tak tutup mata, kerja kerja kerja.


Kiter suka kerja. Tak boleh duduk diam.
Tak boleh takde duit sendiri kat tangan.


Ntahlah. Ku serahkan segalanya di tangan Tuhan.



Luv,
Marlina