Rabu, 26 November 2014

Terharu di hari Rabu.

Pagi ni, dapat nottification di Instagram.

Terharu rasanya baca post @Syanahanapi.
Tak sangka bila kiter hilang, masih ada yg sudi mencari dan merindui.
Syukur Alhamdulillah. Cewahhh.
Ni gambar tahun lepas, minum-minum kat apa ntah nama tempat belakang KLCC tu sambil jumpa mommy Shada dan babynya Medina Sophia.




Si Syanana ni kawan lama dari zaman Mass Comm UiTM dulu. Sama-sama 1 team buat esaimen sampai tengah malam. Merempat cari WiFi kat McD sampai esok pagi. Pergi kelas dengan mata rabak. Haha banyak betoi kenangan zaman study dulu.


Sejak join program Kevin Zahari tu, Syana semakin cun meletops nampaknya!
Haa saje je bagitahu kot-kot korang pun berminat kan nak join. Hehe.


Suka melancong. Rasanya settle satu Asia dia dah singgah.
Berbudi bahasa & hebat bersilat kat dapur ok.
Tiap-tiap tahun, mesti amik order semekut Choc Chips & Salted Pretzel Cookies


Tiap-tiap tahun, open house Si Syanana ni lah yg kitorang sekelas tunggu bila Raya.

Yg penting, masih single trang tang tang.


Manis berbudi orangnya, pasti terbaik teman yg Allah kurniakan untuknya.
One day. In shaa Allah :)





Tenkiu
Marlina

Wordless Wednesday #6

Tiada yang kebetulan.
Segalanya sudah tertulis sejak kita 4 bulan dalam kandungan.





Luv,
Marlina

Wordless Wednesday #5

Kerana hidup ini...
Bukan hanya mengabdikan diri untuk kerja semata-mata.





Luv,
Marlina

Wordless Wednesday #4

Mari mengeteh!
Tapi bukan Teh Tarik ye. Kikiki.





Luv,
Marlina

Selasa, 25 November 2014

Mawar Merah.

"Sekuntum Mawar Merah, sebuah puisi.
Untuk gadis pilihan... oh di bulan Februari."


Eh, ternyanyi pulak. Saper tahu lagu ni? Angkat tangan!



Ni gambar Sabtu haritu.



OK, kasi close up sikit.


Mekar meriah betul si Mawar Merah. Ikutkan, dah lamaaa berbulan juga tak berbunga sebenarnya. Haritu, si Merah Jambu yg mekar. Ada kiter simpan gambar, nanti in shaa Allah kiter post ye.
Memang berlapis-lapis kelopaknya. Wangi pulak tu.


Punyalah mekar besar sampai batang terbengkok. Tak tertampung!

Kiter memang suka bunga Mawar (cik Ros) ni. Rasanya semua wanita sedunia pun suka jugak kennn.


Nak jaganya tak susah. Cukup air, cukup cahaya matahari, cukup kasih sayang, baja 2 minggu sekali... mekar mewangi lah ia. Pastu agak-agak daun-daun dia dah ala-ala kertu tu, guntingkan aje. Sebab nak bagi peluang tunas baru muncul.


Barulah sihat walafiat cik Ros tu :)



Luv,
Marlina






Hikmah Salah Beli Tiket.

Assalam semua...

Nak cerita hal bulan lepas. Tapi hikmahnya, hari ni.

Bulan lepas, husband salah beli tiket flight nak balik Kota Bharu. Wedding sepupu 25 Disember TAPI dia pergi beli 25 November.

Dah beli, baru tersedar. Call customer service, mintak tukar kena penalti RM75 satu tiket. Sudahnya?
BURN & beli je lah tiket baru utk 3 orang. Me, my ma mertua & adik ipar.

Dengan kiter tak bekerja sekarang, memang kerugian sangat lah. Dah lah beli 3 tiket.

OK takpe, tu cerita bulan lepas.


Ni cerita harini pulak.

Dapat berita tadi, nenek husband iaitu mak kepada ma mertuaku sakit.
Harini? 25 November kan? 
Tarikh sama dengan tiket yg tersalah beli bulan lepas.


Jadinya sekarang, ma mertua & adik ipar ready nak ke airport balik Kelantan.

Bila pikir-pikir balik, mulut ni terus cakap Allahuakbar.

Allah Maha Kaya.

Kerugian tempoh hari, gantinya hikmah hari ini.

Jadi, lepas tambah tolak darab bahagi...

Memang tak rugi apa-apa.

Doaku, moga Mok (nenek husband) sihat-sihat sahaja.


Allah Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani.


Kesimpulannya?
Setiap baik buruk yang berlaku, cepat atau lambat tetap ada hikmahnya. 
Dia tahu segala apa yg terbaik untuk kita (self-reminder!)

Satu lagi ilmu kehidupan untukku harini.
Moga bermanfaat untuk yg membaca.





Luv,
Marlina

Fobia.

Pernah tak...


Rasa macam fobia nak campur manusia?
Lebih selesa bersendirian ke mana-mana.
Kalau ada teman pun, cukuplah 2-3 kerat je.
Sebab... Rasa percaya tu makin takde.
Ramai yang mukanya dua, tiga.



Luv,
Marlina