Selasa, 4 November 2014

Zombie

Pernah tak...

Rasa macam jadi Zombie tiap-tiap hari? Jalan menonong je. Tak tau apa yg jadi kat diri sendiri?

Yg kau tahu cuma jalan, jalan dan terus jalan. Kadang-kadang, merangkak. Mengesot. Apa-apa je lah. Janji bergerak. Walaupun hanya 1 inci. Walaupun tak ada tujuan?

Macam... ZOMBIE!





Luv,
Marlina

Rindu.

Pernah tak...

Rindu sangat kat orang tu TAPI tak tahu & tak boleh nak buat apa-apa?
Mampu diam dan mendiamkan diri je.



Luv,
Marlina

Serba tak kena.

Pernah tak...

Rasa malas teramat sangat buat semua benda.
Bila masak, semua jadi tak sedap tak kena selera?



Luv,
Marlina

Ulat Naik Daun :'(

Assalam semua...

Siapa kat sini ada tanam bunga?

Harini nak cerita pasal Bunga Zinnia kiter ni. Kiter namakan diorang Zinnia Zinta. Sebab diorang ni cantik sangat macam Preeti Zinta!


Cantik kan?


Tapi tu Bunga Zinia yg dulu. Sekarang? Cuba tengok apa jadi. *Nanges*


Daunnya rosak. Warna bunganya tak semeriah dulu. Pudar je.
Yg oren dah macam kuning. Yg pink dah macam putih.



Sedih. Sedih. Sedih.

Angkara siapakah ini?


Inilah ketuanya. Sihat gems yg amat kan?
Inilah perosak masa depan bunga-bungaku yg cantik menawan *nanges*

Sebelum-sebelum ni, jumpa anak-anak dia je.. 
Sekali jumpa ni, perghhh memang terkejut giler!
Kenyang sangat sampai tak larat nak ngesot.

Dah ku campak dikau.
Moga bahagia hidup kat rumput-rumput bawah ni.



Baru-baru ni pergi nurseri bunga beli ubatnya.
RM5 je. Hanya campur air pastu spray kat daun.

Nyah kau, Perosak!

Korang kalau ada tips jaga bunga, share lah kat sini ok :)



Luv,
Marlina





Jom pergi ZOO: Part 2 - 18 SX

Hai semuaaa!

Pagi ni sambung balik cerita Zoo ok?

Sebenarnya takde lah panazzz mana pun.

Tapi kebetulan hari tu, Singa tengah projek daaa... Public pulak tu hah.
Siap ada abang kat situ kata "free show free show!"
Diam-diam sudah. Ni tak pasal-pasal segan haih.









Si Singa Betina muka macam... "hmm pasghah itu menyeghah."


Sepanjang kiter kat sana, tak tau lah dah berapa kali ntah.
Setiap kali, mesti ngaumannya aummm aummm dari jauh dah dengar.


Pastu jangan kata Singa, si Kumbang Tanduk kat Taman Rama-rama pun nak jugak.
Adoilah.





Kesimpulannya.
Mereka macam manusia juga.
Ciptaan Tuhan.


Luv,
Marlina



Isnin, 3 November 2014

Jom pergi ZOO: Part 1 - TerkeZOOt!

Salam Senin semuaaa!


Ntah macam mana teringin pulak nak melawat kengkawan lama. Dah bertahun kot tak jumpa. Last datang Zoo Negara, masa diploma dulu kot. Buat assigment PhotoComm.

Beriya bebenor time tu, ke hulur ke hilir bawa DSLR. Ececeh bajet pro sangat!

Ok, dah dah. Takmo cerita hal lama. Ni nak cerita hal semalam.



Haaaaa nampak tak apa yg kiter nampak?
Tang harga tiket tu.


Kalau rasa teringin nak nengok Si Panda, kena tambah RM20.
Maka? Jadilah RM50 seorang.

Sudahnya? Takpelah... Tengok KungFu Panda je lah.


Masa tu terik. So naiklah keretapi yg dipanggil Tram tu.
Naik Tram kena bayor juga. RM5sorang  untuk 2 kali naik.


Bila haus, berhenti jap kat ada kiosk jual makan minum.
100 Plus? RM4.50 setin woi!
Lepas minum, nak buang tin pun rasa saaayang sangat.
Seteguk tu umpama RM1.

Jadi jadi jadi?
Pandai-pandailah seludup makanan sendiri ye.

Perjalanan diteruskan.
Jalan punya jalan. Zoo dulu kini dan selamanya, tak banyak berubah.

Oh tapi Zoo Negara sekarang dah ada Taman Rama-Rama.





Masuk dalam ni, fefeeling wonderland sangat sebabnya Rerama semua berterbangan keliling kiter.



Tu namanya Rerama Gergasi!


Yg lain-lain tu sama je lah natang nye pun.

Tapi personally...
Macam sedih pulak tengok Zoo Negara hari tu.

Kenapa?
  • Kotor tak terurus
  • Sangkar Burung Enggang macam semak samun sangat
  • Paham ni Zoo bukan Taman Bunga tapi ada tempat tu yg kiter lalu sampai sanggup tahan nafas. Tak lalu nak hirup udara tak berapa onz tu.
  • Tempat Reptilia macam mati segan hidup tak mahu.

Tapi Surau Terapung kat sini ni memang terbaik.
Luas. Selesa. Ada air-cond pulak tu.


Ok lah sampai sini je untuk Part 1.
Part 2 nanti lebih panazzz!

Jeng jeng jeng. Tunggguuuuu.


Luv,
Marlina






Sabtu, 1 November 2014

Soulmate selamanya...

Haluuu dah tido ke?
Kiter tak leh tido pulak lah malam ni.

Ok nak tanya, pernah tak dengar 'SoulMate'?
Atau dalam bahasa Melayunya, Teman Sehati Sejiwa Seraga Sebakul.




Korang ada soulmate?
Beruntungnya kalau soulmate korang tu suami sendiri. Bersyukur sangat.

Untunglah!
Macam kiter nasib tak sama, suamiku bukan soulmateku. Sobs.

Sepanjang 27 tahun hidup menumpang di bumi Tuhan ni cewahh...
Ada 2 org je soulmate ku. U know who u are.

Yg sama. Yg bebas ku ceritakan segalanya.
Yg boleh ku jadi diri sendiri setiap masa.

Satu kawan baik dari zaman belajar UiTM sampai sekarang. Punyalah ngam sampai dia pernah tertangkap cintan kat kiter lah. Hehee biarlah cerita lama.
Dia ni memang suka buat lawak ntah pape. My reason to gelak kaw-kaw weh everyday.

Satu lagi yg teristimewa. Cewahhh!
Org yg pernah setiap masa ada dgn kiter. Explore life sama-sama.
Suka try tu, try ni. Semua lah.
Senang kata, banyak yg sama.

Dua-duanya macam ada connection dgn kiter.
Kadang-kadang tak bercakap pun, boleh tahu apa dalam otak memasing.

Dua-duanya antara one of the best things that happened in my life.

Walaupun jauh di mata. Langsung tak jumpa. Tak contact. 
Atau apa pun yg terjadi.
Tapi...
Both of you will always be with me.



Luv luv luv,

Marlina