Senyap bukan bermakna LENYAP.
Cuma lebih beringat-ingat.
Luv,
Marlina
Rabu, 17 Disember 2014
Hilang 3 Kilo. Syukur :)
Lamaaaaaanya tak update. Sebab bizi sikit hujung minggu haritu.
Setelah 8 hari ber-Atkins, semalam timbang dah turun 3 KG.
Alhamdulillah.
TAPI tak tahu lah tang mana yg turun 3 KG tu.
Tak nampak pun.
OK takpe, jangan putus asa. Jangan cepat sangat happy.
Teruskan lagi ye. Ayuh!
Doakanku terus kental.
Luv,
Marlina
Selasa, 16 Disember 2014
Bersalin.
Pernah tak...
Bila kawan-kawan bercerita pasal mengandung, due date, beranak dan bersalin.
Dan kau?
Hanya mampu bersalin kulit!
Luv,
Marlina
Bila kawan-kawan bercerita pasal mengandung, due date, beranak dan bersalin.
Dan kau?
Hanya mampu bersalin kulit!
Luv,
Marlina
Isnin, 15 Disember 2014
Jasa GULA.
Jangan tak percaya...
Sehalus-halus gula, besar jasanya.
Bukan hanya pemanis hidangan...
Tapi juga pengawal perasaan.
P/S: Sejak tak amik gula ni, aduhhhhh berperang dengan tekak je selalu. Baru ku tahu, betapa manisnya hari-hariku bersamamu gula suatu masa dulu.
Luv,
Marlina
Khamis, 11 Disember 2014
AtkinsON #Day4
Haluuu haluuu haluuu!
Harini sempat sikit nak update pada hari yg sama.
Sambil-sambil amik mood nak tulis skrip iklan TV ENO.
Baiklah. Inilah dia Menu Atkins-ku #Day4.
Air mineral harini 5 Liter. Wow-weeeee!
In between meals, opkos Zucchini si Temun Jepun jadi teman mengunyah.
Senaman hari ni?
Dugaan hari ni?
Husbandku si Kaki Kondem! Dia kata, diet apa ni?Asyik makan je. Abistu? Takkan nak makan angin, minum air je kan? Susah cakap dengan orang yg tak paham & tak sehaluan ni. Zzzzzz.
So far, Alhamdulillah survived #Day4.
Happy hari ni sebab berjaya bersenam & buat menu baru.
OK akan explore lagi menu-menu sihat Atkins nanti kat sini OK =)
Luv,
Marlina
Harini sempat sikit nak update pada hari yg sama.
Sambil-sambil amik mood nak tulis skrip iklan TV ENO.
Baiklah. Inilah dia Menu Atkins-ku #Day4.
Dimulakan dengan Green Tea. Sebab bangun je ala-ala lemah. |
Feveretku setiap pagi. Telur 1/2 masak. Mula-mula buat sebijik je. Lepas tu hmm up lagi 1 bijik. Maka, 2 bijik ler. |
Ayam Panggang Black Pepper untuk makan tengah hari bersama...... |
....Sayur Felato eh Petola hehe. |
Weeehooo ini MENU BARU ATKINS-ku. Pizza Telur Tuna-Vege Berkeju. Yummy dinner! |
Tadi atas Pemanggang Ajaib. Ni atas pinggan. Sekarang? Dalam perut dah. Burpppp! |
Air mineral harini 5 Liter. Wow-weeeee!
In between meals, opkos Zucchini si Temun Jepun jadi teman mengunyah.
Senaman hari ni?
- Sapu-kemas rumah.
- Plank 1minit 10saat
- Lompat Bintang 20kali
- Sit-up 10kali
- Stepper burn 100kalori
Dugaan hari ni?
Husbandku si Kaki Kondem! Dia kata, diet apa ni?Asyik makan je. Abistu? Takkan nak makan angin, minum air je kan? Susah cakap dengan orang yg tak paham & tak sehaluan ni. Zzzzzz.
So far, Alhamdulillah survived #Day4.
Happy hari ni sebab berjaya bersenam & buat menu baru.
OK akan explore lagi menu-menu sihat Atkins nanti kat sini OK =)
Luv,
Marlina
Throwback Thursday #5
Tahun: 2013, Januari
Lokasi: Chillis, Citta Mall
Umur: 26
Masa ni...
Seminggu sebelum kiter nikah kot.
Kawan-kawan kiter buat Bachelorette Party untuk kiter. Kitorang punya party, takdelah party mana pun. Takat makan, surprise-surprise, gelak-gelak, amik gambar. Tapi cukup buat kiter happy.
Pwinchess in the making gittew!
Tenkiu berry much, GurlzStuffz =)
Luv,
Marlina
AtkinsON #Day3
Assalam. Selamat bercoti untuk yg keje kat Selangor.
Ok, nak share menu #Day3 pulok semalam.
Ok, nak share menu #Day3 pulok semalam.
Dimulakan dengan Green Tea panas. Ni lah pengganti kopi 3 in 1 tiap-tiap pagi. |
Telur 3/4 masak 1 biji. |
Salad Campur + Kubis Ungu + Ayam Panggang Black Pepper NO DRESSING/MAYO untuk makan tengah hari. |
Haaa ni cara makannya! Anggaplah Salad tu nasi ataupun pasta. Hihihi. |
Ni tea time. Pedal + Hati Ayam goreng. Tak elok diamalkan tapi belasah je lah sebab dah lapor. Janji boleh makan. Hehe. |
Sup Ikan Bilis Sayur Campur + Telur untuk dinner. AMARAN: Rupanya, carrot tak leh makan. Baiklah tak makan carrot dah untuk 2 minggu. |
Ni all-day snack! Zucchini aka Timun Jepun. Fresh dan sedap krup kruppp! |
Air mineral 4 Liter semalam.
Senaman?
Kemas rumah dan senaman-senaman ringan lain.
Dugaan semalam?
Potong Epal sejuk dari peti ais untuk husband pastu dia request goreng Chicken Ball pulak.
Perghhhh! Bergetar jiwa ni. Tahannnn je lah.
OK, pasni nak pelbagaikan menu lagi. Tungguuuuu!
Moga terus istiqamah ya, Marlina!
Luv,
Marlina
Rabu, 10 Disember 2014
Kisah Kari.
Siap masak. Siap hidang. Tetibeh ada suara...
"Macam dah 8 tahun tak makan macam ni!"
Hahaha. Nampak sangat kan, dah lama tak masak.
Luv,
Marlina
AtkinsON #Day2
Assalam semua! Selamat pagi. Salam 1 Malaysia.
In between meal ni, agak-agak lapar je... Kunyah lagi si Timun Jepun.
Ni lah dugaan orang suka mengunyah ni. Tak lengkap rasanya tanpa kudapan. Cewahhh!
Air mineral semalam rasanya 4 Liter kot.
Hah kiralah berapa kali pergi toilet pulak. Hahaha
Alhamdulillah survived #Day2!
Much much much better than #Day1.
Sebab?
Dah tak pening-pening lalat dan gigil-gigil macam #Day1.
Kiter dah bertenaga kemas rumah semua, siap basuh baju (padahal auto je. kikiki)
Senaman semalam?
Sapu-kemas rumah. Sit-up 10x. Berlari setempat 10 minit.
Berjalan dari IKEA ke Ikano ke Cineleisure ke Curve pastu masuk balik IKEA, jalan lagi ke Cineleisure, lepak Curve dan akhirnya jalan ke IKEA dan ke parking dan pulang ke pangkal jalan.
Percaya atau tak, berjalan dalam mall ber-air cond tu pun, boleh terasa bahang dan berpeluh weh!
Fuhhh terbakor!
Harap-harapnya #Day3 akan jadi lebih baik. Tunggguuuuu.
Luv,
Marlina
OK OK OK seperti yg dijanjikan, ini dia apa yg kiter makan untuk Hari ke-2.
Dimulakan dengan Bismillah. Disudahi dengan Alhamdulillah. Hehee.
Pagi tu bangun-bangun, opkos minum air mineral. Pastu dah lapar, NO NO NO. Nasib ada Timun Jepun sebagai alas perut. |
Ni Egg Muffin (Mufin Telur) untuk Brunch. Sarapan + Makan tengah hari. Telur 2 biji + susu segar + daun bawang + ayam sikit + cili padi + cheese + serbuk paprika + garam sikit. |
![]() |
Ni kira snek lah. Salmon Ball kat IKEA. Isinya, nampak berulas-ulas (eh betul ke ayat kiter ni?) isi ikan Salmon. Yummy! |
Lepas menyumbangkan suara sumbang kat karaoke Cineleisure, member ajak lepak Teh Tarik Place pulak. Dugaaaan! Tak tahu dah nak order apa. Akhirnya? Ni dia Limau Panas NO GULA. |
Ni lah dugaan orang suka mengunyah ni. Tak lengkap rasanya tanpa kudapan. Cewahhh!
Air mineral semalam rasanya 4 Liter kot.
Hah kiralah berapa kali pergi toilet pulak. Hahaha
Alhamdulillah survived #Day2!
Much much much better than #Day1.
Sebab?
Dah tak pening-pening lalat dan gigil-gigil macam #Day1.
Kiter dah bertenaga kemas rumah semua, siap basuh baju (padahal auto je. kikiki)
Senaman semalam?
Sapu-kemas rumah. Sit-up 10x. Berlari setempat 10 minit.
Berjalan dari IKEA ke Ikano ke Cineleisure ke Curve pastu masuk balik IKEA, jalan lagi ke Cineleisure, lepak Curve dan akhirnya jalan ke IKEA dan ke parking dan pulang ke pangkal jalan.
Percaya atau tak, berjalan dalam mall ber-air cond tu pun, boleh terasa bahang dan berpeluh weh!
Fuhhh terbakor!
Harap-harapnya #Day3 akan jadi lebih baik. Tunggguuuuu.
Luv,
Marlina
Isnin, 8 Disember 2014
AtkinsON #Day1
Tak tahulah kenapa dengan Blogger.
Tetibeh post Re-induction Atkins #Day1 kiter hilang.
Nanges nanges nanges.
Nak taip balik, feel tak sama.
Maka?
Buat summary je lah. Janji rekod apa yg kiter makan setiap hari.
![]() |
Sarapan pagi. Telur 3/4 masak. |
![]() |
Timun Jepun buat kunyah-kunyah. |
![]() |
Timun Jepun cicah Tuna Cili Padi untuk kunyah-kunyah tahap kritikal. Sebab lapar + gigilzzz. |
![]() |
Makan tengah hari. Homemade Ayam Panggang + Salad + Mayones Kewpie (merah) |
![]() |
Tea time. Homemade Chic-bits Panggang cicah Sos Peri-peri Nando's Extra Hot. |
![]() |
Makan malam. Telur 3/4 masak 2 biji. |
Air mineral lebih kurang 3 Liter.
Alhamdulillah survived #Day1.
Tapi tapi tapi pening kepala sangat-sangat. Lemah rasanya.
Rasa macam tak berfungsi sekejap sampaikan 1 skrip radio pun, idea keluar sebutir je. Zzzzz.
Pastu macam cranky. Nak bad mood, macam nak marah je. Hahaha.
Rumah bersepah. Tak kemas. Very the Monday Blues.
Moga kekentalan sentiasa bersamaku.
Luv,
Marlina
Shopping Sihat.
Ni pun alkisah hujung minggu haritu.
![]() |
Hasil tangkapan. |
Nampak gayanya, kali ni lepas study punya study pasal Atkins - barulah faham apa yg boleh makan tak boleh makan.
For induction (minima 2 minggu):
Boleh makan ayam, ikan, telur, sayur hijau, green tea & air masak sahaja.
Sos Peri-peri Nando's - Sos paling rendah karbo.
Mayonais Kewpie (Merah) - Mayo paling rendah karbo.
Bolehlah nak buat cicah-cicah ke kan.
Info-info ni banyak kiter dapat bila join Kelab Diet Atkins Malaysia.
(Joinnya dah lama, tapi baru nak start! kikiki)
Nanti kiter update menu apa yg kiter melantak setiap hari ok. In shaa Allah.
Moga jiwa kental sentiasa bersamaku.
Luv,
Marlina
Makan Tak Habis.
Salam Isnin semua!
Kat opis ke tu?
Ni cerita hujung minggu haritu. Suami kiter buat perangai lagi. Makan separuh-separuh.
Sebab dia ada dengar ceramah kat TV, elok buat camtu.
p/s: Siapa dalam friend list kiter, tahulah pe'el dia ni. Ada post awal tahun haritu kikiki.
Biar isteri tu tak keras kepala, dengar kata. Hahaha (nampak sangat kiter ni hah degil ya Rabbi!)
![]() |
Kuih Onde-onde & Kasturi separa-baham! |
Si isteri spesies suka tertanya-tanya, apa lagi terus Google. Ni lah hasil yg dijumpai.
Saje-saje kongsi kat sini. Moga bermanfaat ye :)
![]() |
Sharing is caring gittew! |
Luv,
Marlina
Sabtu, 6 Disember 2014
Ingat-ingat Jumaat #4
Bila terjatuh, baru beringat.
Memang betul, lepas ni banyak nak kena beringat-ingat.
Sama-samalah kita menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Sama-sama muhasabah. Yakin yakin yakin mesti ada hikmah.
Luv,
Marlina
Jumaat, 5 Disember 2014
Job-less.
Bukan jobless, TAPI job-less.
Sebab dah tak masuk opis. Freelance dari rumah je.
Maka, harini...
Genaplah 3 bulan tak kerja!
Pertama kali dalam hidup jadi macam ni.
Dulu, abis SPM je terus kerja part time.
Tiap kali Cuti Semester, kerja part time 2 bulan.
Agak-agak sesak, masa study dulu Sabtu Ahad kerja part time jugak.
Senang cerita...
Selagi tak tutup mata, kerja kerja kerja.
Kiter suka kerja. Tak boleh duduk diam.
Tak boleh takde duit sendiri kat tangan.
Ntahlah. Ku serahkan segalanya di tangan Tuhan.
Luv,
Marlina
Khamis, 4 Disember 2014
Sumpah Lawak!
Hahahahaha!
First time nampak, terus tergelak sorang-sorang.
Bijak... Bijak.
Taktik ni boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Cara membalas mesej dengan nada halus, gurau senda tapi memang tepat setepek kat muka. Hehehe.
Luv,
Marlina
Marlina
Takde Api!
"Huwaaa takde api oi!"
Eh, api ada je kat dapur tu. Yg takdenya, elektrik. Hehee.
Itulah yg terjadi kat rumah kiter sekarang ni.
Itulah yg terjadi kat rumah kiter sekarang ni.
Barulah nak bikin Egg Muffin. Tergendala. Zzz
Harap-harapnya, kejap je lah takde letrik ni hah.
Tetibeh kiter terpikir...
Kalau korang kan, korang pilih takde api atau takde air?
Pilih satu je pelisss!
Luv,
Marlina
Marlina
Rabu, 3 Disember 2014
Wordless Wednesday #8
Ada yang kata, si kenit ni macam kiter. Hehee.
Ye ke?
Pic creditted to Instagram Officialbreannayoun
P/S: Ya Allah, tolonglah nak pwinchess sorang camni *nanges*
Luv,
Marlina
Marlina
Teksi Kucing Pink.
Meowwwww!
Nak cerita ni. Malam tadi kiter lepak The Strand. Pastu, nak balik rumah cam biasa lah panggil driver. Bukan personal driver tapi abang drebar teksi. Kikiki.
Macam biasa, MyTeksi lah penyelamat keadaan.
Tak lama lepas tu, drebar teksi call. Kata lagi 2 minit sampai, teksi warna pink.
Kucing ke Teksi ni?
Nampak tak ekor cinonet kat bonet tu?
Ta daa!
Kucing boleh. Teksi pun boleh.
Si Putera Katak. Comelnya siap ada crown ok!
Pic creditted to: Instagram #MyWildTeksi
Jaga-jaga. Jangan sampai termasuk perut Jerung! Bahaha
Pic creditted to: Instagram #MyWildTeksi
Semalam sempat borak-borak dengan Abe Teksi.
Katanya, ni promosi MyTeksi. Semuanya 15 teksi. 5 kucing, 5 katak, 5 jerung sedang berlegar-legar kat KL & Lembah Klang sampai 31 Disember ni.
Macam malam tadi, rezeki kiter lah naik teksi ni. Abe tu kata, nasib-nasib je. Syukur. Freeeee oi! Dah lah syok teksi cantik. Merasa jugak naik Teksi Almera ni. Hehehe.
Abe tu kata, tahun depan ada lagi teksi ni tapi charge mahal sikit lew. Tapi sekali-sekala cuba try test benda baru, apa salahnya ye dak?
Luv,
Marlina
Selasa, 2 Disember 2014
(Tak) Sesal Separuh Nyawa.
"Separuh sayangmu di hati.
Separuh lagi kau bawa pergi."
By Alyah.
Luv,
Marlina
Isnin, 1 Disember 2014
Alahai Ketipung Payung.
Lokasi: Damansara Perdana
Cantik kan?
"Can ma li can... Ketipung Payung..."
Ketipung Payung tu maksudnya lebih kurang macam Si Intan Payung.
Kesayangan gitu.
Kesayangan gitu.
Word of the day!
Luv,
Marlina
Marlina
Blues Senin.
Pernah tak...
Walaupun tak masuk opis...
tetap terasa blues di hari Senin yg mulia?
Luv,
Marlina
Walaupun tak masuk opis...
tetap terasa blues di hari Senin yg mulia?
Luv,
Marlina
Atkins, I'm Back!
Holaaa!
Siapa pernah follow Diet Atkins?
Kiter pernah lah cuba-cuba berAtkins ni. Rasanya hujung tahun 2012 tu. Memang berkesan!
Tapi biasalah manusia... bajet-bajet dah slim je, terus belasah makan balik! Haha.
Tapi biasalah manusia... bajet-bajet dah slim je, terus belasah makan balik! Haha.
Kali ni, sejak-sejak asyik ternampak post kat timeline Facebook daripada followers Kelab Diet Atkins (Malaysia), terus terjebak semula. Rasa semangat pulak!
Jadi? Mulanya hari ni.
Go go go, Marlina!
Ni lah menu hari ni.
Siap! Baked Cheesy Egg

Telur + Cheese + Daun Bawang + Lobak Merah + Vegetarian Salami
(ganti ayam or daging pun boleh)
Tabur sikit Oregano + Parsley.
Bakar dengan suhu 170 (bawah 20 minit + atas 10 minit)
Pastu?
Ngappp!
Selamat mencuba.
Moga ku tabah menjadi Atkinson (bukan Rowan Atkinson ye :D)
Luv,
Marlina
Marlina
Tahan.
Pernah tak...
Rindu sangat kat orang? Yang kita mampu buat hanya tahan. Tahan, tahan, tahan sampai tak mampu nak tahan. Lalu? Air mata mencurah-curah macam hujan.
Hujan lagi hati ini, kata Dayang Nur Faizah.
Luv,
Marlina
Rindu sangat kat orang? Yang kita mampu buat hanya tahan. Tahan, tahan, tahan sampai tak mampu nak tahan. Lalu? Air mata mencurah-curah macam hujan.
Hujan lagi hati ini, kata Dayang Nur Faizah.
Luv,
Marlina
Si Booolat.
Belasungkawa.
Boolat kiter yg seekor ni dah pun pergi. Sedar-sedar pagi tadi menyelit di balik-balik daun pokok.
Ingatkan nak makan or amik oksigen. Rupanya? Huwaaa.
Ingatkan nak makan or amik oksigen. Rupanya? Huwaaa.
Arwah dulu, baik dan gebus-gebas jenisnya.
Nah dah siap kapankan guna tisu berlapis-lapis.
Nak tanam kat bawah rumah.
Tinggal lah seekor lagi. Kesepian tanpa teman.
Si Boolat ni sebenarnya dari family Ikan Emas juga. Namanya Pearl Scale Goldfish (Ikan Emas Sisik Mutiara). Badannya bulat macam bola golf. Yg kiter beli ni, ekornya hitam. Ada juga yg ekor putih.
Dalam banyak-banyak ikan, kiter paling suka tengok ikan ni berenang. Terkedek-kedek imbang badan sarat bulat dengan ekor goyang kanan kiri. Dari belakang, macam ayam! Kikiki. Memang boleh tergelak sorang-sorang kalau perhatikan.
Kiter pun ada 2 lagi Ikan Emas. Kat kedai tulis namanya Ikan Emas Butterfly.
Nanti ada masa, kiter update ye.
Luv,
Marlina
Marlina
Langgan:
Catatan (Atom)