Khamis, 27 November 2014

Throwback Thursday #3

"Awak kat mane? Awak awak kat mane?"


Sejak-sejak meletop lagu ni sana-sini, harini kiter nak throwback pasal penyanyinya lah.
Siapa lagi kalau bukan Taufik Batisah



Tahun: 2011
Lokasi: AMP Studio, ASTRO.
Umur: 24


Cerita di sebalik gambar:
Dulu-dulu kan ASTRO ada buat event Gempak, ni macam ala-ala Jom Heboh tu ler. Ada Gempak Astro, Gempak Selebriti Astro, Gempak Desa Astro. Back to 2011, ASTRO ada buat event besor punye kat Pasir Gudang, Gempak Astro Revo namanya. Jadi, sebagai Copywriter untuk advertising agency yg handle ASTRO, kenalah buat skrip iklannya (yg ni untuk OAP - On Air Promo). Dah buat skrip, haruslah kena pergi recording. Maka di AMP Studiolah, daku singgah ketika itu.


Apa kena mengena Amy Search, Hazama & Taufik Batisah?
Oooh diorang tu 'suara' (VO talent) untuk skrip Gempak Astro Revo kiter tu. Tugas kiter kat studio tu kira macam coach mereka bertiga pasal sebutan, intonasi, lenggok bunyi sambil cuci mata. Eh! Seronok beb bila retis-retis baca bait-bait kata skrip yg kiter tulis. Skrip yang selama beberapa hari dok hadap peram kat PC. Berbunga rasanya hati. Cewahhh!


Paling ingat masa recording dengan diorang?
Yang paling spoting-moting oppkosss lah si otai Amy Search. Masa tu, datang dengan wife dia. Sembang punya sembang, orang Johor samelah kiter! Makin seronok jumpa orang senegeri. Rasa seronok dengar Amy sebut "Peeeeewittt!" LIVE. Perghhh terbaek!
Hazama pulak biasa-biasa je, suka gelak-gelak dalam studio. Suara pun power!


Taufik Batisah apa citer?
Woahhh itu bikin luruh jantung! Haha sampai balik opis, terus youtube lagu dia lah. Berdebar kot nampak Taufik. Dia ala-ala memalu dan tak banyak cakap sangat tapi banyak senyummm *cair*. Masa recording lepas dia test-test baca line skrip tu, boleh pulak dia tanya kat kiter "Cik Copywriter, betul ke macam ni? Ke nak try tone lain?". Perghhh masa tu kiter dah malu, tapi kerja punya pasal cover je ler. Kikiki. Memang teringat-ingat sampai ke tahun 2014.



Luv,
Marlina

2 ulasan: