Selasa, 25 November 2014

Hikmah Salah Beli Tiket.

Assalam semua...

Nak cerita hal bulan lepas. Tapi hikmahnya, hari ni.

Bulan lepas, husband salah beli tiket flight nak balik Kota Bharu. Wedding sepupu 25 Disember TAPI dia pergi beli 25 November.

Dah beli, baru tersedar. Call customer service, mintak tukar kena penalti RM75 satu tiket. Sudahnya?
BURN & beli je lah tiket baru utk 3 orang. Me, my ma mertua & adik ipar.

Dengan kiter tak bekerja sekarang, memang kerugian sangat lah. Dah lah beli 3 tiket.

OK takpe, tu cerita bulan lepas.


Ni cerita harini pulak.

Dapat berita tadi, nenek husband iaitu mak kepada ma mertuaku sakit.
Harini? 25 November kan? 
Tarikh sama dengan tiket yg tersalah beli bulan lepas.


Jadinya sekarang, ma mertua & adik ipar ready nak ke airport balik Kelantan.

Bila pikir-pikir balik, mulut ni terus cakap Allahuakbar.

Allah Maha Kaya.

Kerugian tempoh hari, gantinya hikmah hari ini.

Jadi, lepas tambah tolak darab bahagi...

Memang tak rugi apa-apa.

Doaku, moga Mok (nenek husband) sihat-sihat sahaja.


Allah Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani.


Kesimpulannya?
Setiap baik buruk yang berlaku, cepat atau lambat tetap ada hikmahnya. 
Dia tahu segala apa yg terbaik untuk kita (self-reminder!)

Satu lagi ilmu kehidupan untukku harini.
Moga bermanfaat untuk yg membaca.





Luv,
Marlina

Tiada ulasan:

Catat Ulasan