Khamis, 6 November 2014

Oksigenku.

Hello gemorning from Happy Balkoni :)




Saja ubah-ubah alih-alih sikit. Tapi tak siap lagi ni.


Eh eh macam banyak pasu kosong je tu. Macam ada point nak beli bunga lagi je.

Seronok rasanya selak-selak langsir, nampak hijau & warna-warni.
Selain si ikan, ni lah hiburan kiter hari-hari. Hehee. Berbunga rasa hati bila tengok semuanya berbunga-bunga.


Camne boleh datang ilham nak jaga bunga kat rumah?

Hari tu ada tengok Romantika kat Astro tu. Masa tu slot Diana Amir & Habib. Entah macam mana tertangkap dengan kata-kata Habib. Katanya (lebih kurang macam ni lah...)

"Daripada letak bunga plastik, baik bunga hidup. Sebab tumbuh-tumbuhan ni semua tak duduk diam. Diorang semua berzikir pada Tuhan setiap masa."


Haaa tu yg terminat tu!

Mengikut pengalaman sendiri, memang tenang sejak ada bebunga ni hah. Bosan-bosan sambil siram, sambil bercakap dengan diorang. Macam kawan.




Luv,
Marlina





Tiada ulasan:

Catat Ulasan