Ntah macam mana teringin pulak nak melawat kengkawan lama. Dah bertahun kot tak jumpa. Last datang Zoo Negara, masa diploma dulu kot. Buat assigment PhotoComm.
Beriya bebenor time tu, ke hulur ke hilir bawa DSLR. Ececeh bajet pro sangat!
Ok, dah dah. Takmo cerita hal lama. Ni nak cerita hal semalam.
Haaaaa nampak tak apa yg kiter nampak?
Tang harga tiket tu.
Maka? Jadilah RM50 seorang.
Sudahnya? Takpelah... Tengok KungFu Panda je lah.
Masa tu terik. So naiklah keretapi yg dipanggil Tram tu.
Naik Tram kena bayor juga. RM5sorang untuk 2 kali naik.
Bila haus, berhenti jap kat ada kiosk jual makan minum.
100 Plus? RM4.50 setin woi!
Lepas minum, nak buang tin pun rasa saaayang sangat.
Seteguk tu umpama RM1.
Jadi jadi jadi?
Pandai-pandailah seludup makanan sendiri ye.
Perjalanan diteruskan.
Jalan punya jalan. Zoo dulu kini dan selamanya, tak banyak berubah.
Oh tapi Zoo Negara sekarang dah ada Taman Rama-Rama.
Masuk dalam ni, fefeeling wonderland sangat sebabnya Rerama semua berterbangan keliling kiter.
Tu namanya Rerama Gergasi!
Yg lain-lain tu sama je lah natang nye pun.
Tapi personally...
Macam sedih pulak tengok Zoo Negara hari tu.
Kenapa?
- Kotor tak terurus
- Sangkar Burung Enggang macam semak samun sangat
- Paham ni Zoo bukan Taman Bunga tapi ada tempat tu yg kiter lalu sampai sanggup tahan nafas. Tak lalu nak hirup udara tak berapa onz tu.
- Tempat Reptilia macam mati segan hidup tak mahu.
Tapi Surau Terapung kat sini ni memang terbaik.
Luas. Selesa. Ada air-cond pulak tu.
Ok lah sampai sini je untuk Part 1.
Part 2 nanti lebih panazzz!
Jeng jeng jeng. Tunggguuuuu.
Luv,
Marlina
Tiada ulasan:
Catat Ulasan