Jumaat, 17 Oktober 2014

Tiada lagi InstaGila.

Salam Jumaat semua!
Eh ada ke yang baca ni? Haha takpelah kiter bagi je lah salam.

Korang ada Instagram tak?
Dulu masa mula-mula signup Instagram, memang gian.
Gian nak upload gambar. Kalau boleh semua gambar nak amik.
Main-main effect/filter, edit-edit konon-konon berseni sangat.

Upload punya upload hari-hari, sampai dah 1360++ posts!

Baru-baru ni sejak dah tak kerja ni, tetibeh datang hidayah. Bluwekkk!
Takdelah... Sebenarnya, nak kurangkan bersosial di sosial media ni je.

Habis kiter delete-delete gambar sampai tinggal 339 posts je takat hari ni.



Kalau yg ada IG tu,

Jangan lupa cari hashtag ni:




#YelloDapo #yellodapoMarlina
- Kat situlah koleksi dapur berasap kiter. Maklumlah, kiter jarang turun dapo orangnya. Sekali turun, nak-nak berjaya pulak cuba resipi baru, mestilah kena rekod. Very the Hari Ini Dalam Sejarah.




#ProjekTamanAstakoNa
- Yang ni pulak koleksi bunga-bunga & pokok-pokok kat balkoni comel kiter ni. Saje seronok-seronok, terapi diri katanya. Hijauuu rasanya mata hitamku.

#Marlinadantehais
- Siapa Hantu Teh Ais kat sini? Ok, seppp sikit! Kiter suka explore try-try Teh Ais. So, kita share ala-ala review gittew Teh Ais mana yg terbaek! Kalau korang ada port Teh Ais best kat tempat korang pun, letak sekalilah hashtag ni. Kiter nak try jugak pelisss

Sebenarnya kalau cerita pasal hashtag ni, banyak lagi projek-projek hashtag kiter macam #100daysofhappiness #365daysofhappiness #pantang30hari and macam-macam lagi lah.


Luv,
Marlina



Tiada ulasan:

Catat Ulasan