Jumaat, 31 Oktober 2014

Tadi malam bikin Apam.

Apam pom pom pom!

Tengok baki nasik ada dalam peti sejuk.
Separuh buat nasik goreng dah. Ada sikit lagi tu.

Ok, jangan membazir no no no!

Meh kiter buat Apam Tepung Beras ok?

Blend semua bahan-bahan

Siap blend. Tuang dalam mangkuk besar. Tutup. Perap 1 jam.

Sementara tu, sapukan acuan lompang dengan minyak masak.

Nak senang, adunan tadi letak dalam bekas ada muncung camni.
Senang tuang dalam acuan cinonet tu.

Kukus 30 minit pun dah masak.
Balut penutup sebab tak bagi air menitis. Nanti apam tak naik.

Panas! Panas! Dah siap.
Baru siap dah hilang 1, acanne? 


Ta daaaaa! Dah keluar dari acuan.

Ting ting ting tong! Tak makan ngan kelapa pun takpe...


Ok selamat cuci mata & berhujung minggu.



Luv,
Marlina

Tiada ulasan:

Catat Ulasan