Marilah kita saling ingat-mengingat.
Mengikut pengalaman sendiri, Hadis Riwayat Tirmizi ni memang betul. Dan pernah terjadi dalam hidup kiter.
Dulu, sibuk mengata menghina mengutuk orang atas kesilapan yg dilakukan. Tup tup dibaginya kita situasi sebijik macam orang yang dikata. Dan kiter pulak telan kutukan dan penghinaan orang.
Memang pedih. Memang sedih.
Betul org kata, sebab nila setitik, maka rosak susu sebelanga.
Disebabkan 1 kesilapan, 1000 kebaikan dilupakan begitu saja.
Sejak kejadian 'setepek' kena kat diri sendiri tu, kiter jadi lebih berhati-hati. Tak nak mengata atau menghukum org lain walau apa pun kesilapannya. Takut sangat-sangat terkena balik kat diri sendiri.
Sebab kita ni manusia, tak pernah ada yg sempurna.
Mungkin kita ni nampak baik di hadapan yg lain bukan bermakna kita sempurna.
Tapi sebab Dia sayang kita. Dia tutup aib kita.
Itulah hikmah dan pengajaran yg kiter nak kongsi.
Moga menjadi insan yg lebih baik dari hari ke hari.
Salam Maal Hijrah.
Luv,
Marlina
Tiada ulasan:
Catat Ulasan