Jumaat, 31 Oktober 2014

Tadi malam bikin Apam.

Apam pom pom pom!

Tengok baki nasik ada dalam peti sejuk.
Separuh buat nasik goreng dah. Ada sikit lagi tu.

Ok, jangan membazir no no no!

Meh kiter buat Apam Tepung Beras ok?

Blend semua bahan-bahan

Siap blend. Tuang dalam mangkuk besar. Tutup. Perap 1 jam.

Sementara tu, sapukan acuan lompang dengan minyak masak.

Nak senang, adunan tadi letak dalam bekas ada muncung camni.
Senang tuang dalam acuan cinonet tu.

Kukus 30 minit pun dah masak.
Balut penutup sebab tak bagi air menitis. Nanti apam tak naik.

Panas! Panas! Dah siap.
Baru siap dah hilang 1, acanne? 


Ta daaaaa! Dah keluar dari acuan.

Ting ting ting tong! Tak makan ngan kelapa pun takpe...


Ok selamat cuci mata & berhujung minggu.



Luv,
Marlina

Ingat-ingat Jumaat #2

Salam Penghulu Segala Hari semua!

Ok hari ni, kiter nak share ni.
Jangan jari lebih laju dari otak tau.

Walaupun kadang-kadang bila hati panas, ada jugak post yg terbabas. Hehee.
Kiter cepat-cepat delete balik. Hehee tu kiter punya perangai lah.

No No No.


Mengikut pengalaman sendiri yg macam korang semua jugak yg suka menulis...

Suka berkongsi... Sedar atau tak, banyak benda yg kita perlu hati-hati.

Sebab kadang-kadang indirectly, org menilai atau menghukum kita dari apa yg kita tulis dan kongsi.

Tak pasal-pasal jadi modal org bersembang.


Hmm.. Org tu biarlah. Lantak pi lah nak kata apa!

Yg penting, kita jaga diri kita ok.



Luv,
Marlina

Khamis, 30 Oktober 2014

Throwback Thursday #1

Haluuuu semua!

Nak #campakbelakang masa kiter kawin.
1 Feb 2014 - Nikah
2 Feb 2014 - Sanding

Terima kasih PetikDetik Photography untuk gambar-gambar ni.
Terima kasih buat ahli keluarga & kawan-kawan yg membantu.

Doakan kami cepat-cepat ada baby yer!
















Luv,
Marlina





Rabu, 29 Oktober 2014

Ni makan dia!

Hai hai hai buat apa tu?

Dah makan ke?
Kalau belum, nah kiter belanja.


Padprik Ayam


Brokoli + Cendawan Shitake masak Sos Tiram


Telur Dadar Mayonnaise


Macam tak percaya, sekarang ni hari-hari makan masakan sendiri.
Sabtu Ahad je makan kat luar.

Yg lebih tak percaya, berselera pulak kiter makan hah!
Hmmm mungkin lapor kot lepas siap buat kerja rumah semua kan.

Ok, harini kiter nak share tips masak Cendawan Shitake.

Sebelum dimasak, rebus dulu Shitake sampai mendidih. Pastu, toskan airnya.
Kenapa kena rebus dulu?
Sebab bau Shitake ni kuat sangat! Macam petai tapi versi cendawan. Hehe.
Bila dah rebus + tos, barulah 'mild' sikit rasanya.


Ok, selamat mencuba!


Luv,
Marlina


Hujan.

Haluuu Assalam semua!
Petang-petang bila hujan korang buat apa?

Dulu masa kerja... Hujan, ribut, petir semua tak terasa. Cuma tahu sejuk and extra sejuk menggigil tahap Kutub Utara Kutub Selatan. Itu je lah.

Macam petang ni hujan selebat-lebatnya dengan kilat sabung-menyabung.
Hujan di luar, kiter kat bilik dihujani idea. Cewahhh!

Berdebar-debar kejar masa. Letih woi otak macam berlari.
Tapi hari ni seronok sangat menulis. Sebabnya?

Sebab....

Sejuk.
Baring atas bantal gebu, beralaskan tilam empuk.
Berseluar tido bercorak Playboy Bunny kecik-kecik 
dengan top comfy.
Di tangan, ada iPong.
Menulis dalam selimut.
Gesel-gesel kaki kat cadar sejuk.

Syok giler!


Diam tak diam, siap 6 skrip iklan radio dalam 3 jam.
Terima kasih Hujan Rahmat!




Nampak tak?
Bila hati tenang, segala kerja jadi senang.



Luv,
Marlina

Isnin, 27 Oktober 2014

Jangan tanya!

Assalam semua...

Nak kongsi semalam punya cerita. Rasa kecik sangat hati kiter ni.
Sebenarnya dah berapa bulan slowly, kiter tak nak campur orang. Nak menyendiri buat hal sendiri je.

Sebabnya?

Ni lah tak tahan dgn sifat 'terlebih mesra' orang kita yg tak pikir perasaan org lain.

Sabtu aritu jalan sorang-sorang kat One Utama, tersempak dengan 3 orang yg dikenali.
Sorang menanyakan hal kerja, nak kerja mana.
Yg lagi 2 orang, soalannya "Dah ada ke?" "Dah ada isi ke?"

Kiter jawab jugak lah "ada anak tekak je buat masa ni." "Ada isi perut je."
Harap maklum & paham kata-kata hati pedihku itu ye.

Pastu semalam pergi kenduri kawin adik bestpren kiter.
Terdengar pulak suara yg kiter tahu tujukan kat kiter.

"Eh bukan dia ni ke kawin dulu sebelum yang tu."

Yg tu tu kawan kiter yg tengah pregnant. Sedihnya ya Allah. Terus down!


Nape? Mengandung tu kena ikut turutan ke?


Tobatlah bertambah membara rasanya tak nak bercampur orang lagi.

Pastu, lagi pedih bila konon ada yg bajet nak buat lawak.
Siap pegang perut kiter pastu kata

"Eh, baby kicking lah"

Tuhan je tahu masa tu menangis sangat-sangat dalam hati.



Down. Sedih. Kecik hati. Menangis.


Luv,
Marlina


Jumaat, 24 Oktober 2014

Ingat-ingat Jumaat #1

Untuk semua, Salam Jumaat.
Marilah kita saling ingat-mengingat.



Mengikut pengalaman sendiri, Hadis Riwayat Tirmizi ni memang betul. Dan pernah terjadi dalam hidup kiter. 

Dulu, sibuk mengata menghina mengutuk orang atas kesilapan yg dilakukan. Tup tup dibaginya kita situasi sebijik macam orang yang dikata. Dan kiter pulak telan kutukan dan penghinaan orang. 

Memang pedih. Memang sedih. 

Betul org kata, sebab nila setitik, maka rosak susu sebelanga.
Disebabkan 1 kesilapan, 1000 kebaikan dilupakan begitu saja.

Sejak kejadian 'setepek' kena kat diri sendiri tu, kiter jadi lebih berhati-hati. Tak nak mengata atau menghukum org lain walau apa pun kesilapannya. Takut sangat-sangat terkena balik kat diri sendiri.

Sebab kita ni manusia, tak pernah ada yg sempurna.
Mungkin kita ni nampak baik di hadapan yg lain bukan bermakna kita sempurna.
Tapi sebab Dia sayang kita. Dia tutup aib kita.

Itulah hikmah dan pengajaran yg kiter nak kongsi. 
Moga menjadi insan yg lebih baik dari hari ke hari.

Salam Maal Hijrah.


Luv,
Marlina


Lawanya si Laga.

Hai semuaaa!

Nak bagitau ni, sekarang kiter ada bela Ikan Laga.
Dia two-tone. Warna biru berkilat + pink.

Nah kiter belanja gambar-gambar dia ye.





 Kasi catwalk satu kali sambil libas-libas ekor cantik




Kat dalam AEON Big Kota Damansara tu lah, kiter beli ikan ni. Banyak yg cantik. Rambang mata!
Last sekali, amik yang ni sebab dia macam ligat sikit. Cantik pulak tu.

Nak jaganya pun senang. Tak payah oksigen or water pump. 
Letak je dalam balang, titiskan klorin sikit (beli kat pet shop) pastu ganti air setiap hari.

Pokok-pokok dalam tu sebenarnya amik kat balkoni sendiri je. Pokok bunga pukul 10 tu.
Saje letak biar nampak hijau sikit + boleh bagi si Laga oksigen.

Yang bestnya, pokok-pokok ni jadi port santai wat lek wat peace . Ala-ala 'hammock' gitu bila dia nak rehat. Ada yang kata kalau dia diammm je tu, maknanya dia tidur.

Persoalannya, Ikan tidur ke?



Luv,
Marlina




Khamis, 23 Oktober 2014

Hati berubah.

Hati berubah. Bukan kepada yang lain.
Hati berubah. MENJADI yang lain.

Hati yang ceria penuh ketawa.
Kini hati yang sakit sarat lara.

Hati yang dulu cintakan keramaian bersama teman-teman.
Kini hati yang sepi, sunyi, gemar menyendiri.

Begitulah hati.
Walau sekuat hati cuba bertahan.

Berubah juga akibat dalamnya kesakitan.
Pedihnya kekecewaan.

Akhirnya...
Lahirlah hati yang baru.
Yang jasadnya sendiri pun keliru.


Luv,
Marlina

Hati tak sama.

Perempuan hatinya satu.
Lelaki hatinya satu.

Perempuan hatinya satu, cintanya satu.
Lelaki hatinya satu, cintanya belum tentu.
Kadang satu, kadang dua, kadang beribu.

Kadang, langsung tak ada.

Betul lah. Memang tak ada.
Memang langsung tak ada hati perut.
Kejam!


Luv,
Marlina

Patah Seribu.

Heartbreak is so painful, hurtful and tearful.
Yet, powerful.

Yeah powerful.
Enough to change a soul.

From good to bad.
From beloved to hatred.
From angel to evil.

Pernah tengok Maleficent?
Macam tu lah.

Kalau kepaknya tak dikepak, mana mungkin dia begitu.
Lebih-lebih lagi, dikepak pula oleh yang paling disayang.
Patah seribu. Sakitnya bukan kepalang.

Well, well, well.



Luv,
Marlina

Rabu, 22 Oktober 2014

Hari Ini & Esok.

Hari ni bersayang-sayang, bercinta-cinta.
Esoknya hilang melayang, tak tegur sapa.

Lusa macam mana?

Tulat apa cerita?

Sudahnya?
Yang sakitnya, kiter.
Takpe.
Nanti-nanti tahulah macam mana rasanya.

Sedap ke sengsara.


Luv,
Marlina

Luv Lana.

Pagi-pagi cuti ni (Eh, bukan hari-hari cuti ke?)
Eh ye tak ye, kan sekarang kiter dah jadi housewife.

Ok sambung balik.
Pagi-pagi ni, layan Hitz Ch. 705.
Bukak-bukak, Lana Del Rey dosage pulak. Harus kopi mai sechewen.
Minum kopi. Layan Lana Del Rey. Type blog kat iPong. Heaven!

Teringat masa pegi recording masa kerja dulu. Lagi-lagu layan lentok ni lah yang dimainkan kat studio. Dihidang pulak Hot Coffee & Egg Sandwich. Ahhh... Nak melepet kat sofa je rasanya.





Bila layan muzik si Lana ni, mulalah nak berangan.
Nak nangis. Nak senyum. Nak gelak. Macam-macam perasaan.


Luv,
Marlina

Happy Diwali!

Haluuu Happy Deepavali!

Yg berbangsa India, mesti tengah bizi-bizi Raya.
Yg lain-lain tuuu buat apa cuti-cuti ni?

Nah kiter belanja seni 'kolam' Merak Kayangan. Cewahhh.




Cantik kan?
Ni gambar dari IG kawan kiter, si Shuhadatul Ain.
Lokasi? Menara LYL, Petaling Jaya.
Iaitu? Opis lama kiter. Dulu hari-hari, mesti buat lintas hotnat kat situ.

Yg penting... Malam Raya Deepavali iaitu malam tadi memang meriah sangat.
Berdentam-dentum Kota Damansara ni hah.

Meriah kebaboom sangat sampai tengah mandi pun boleh terasa dinding bilik air macam bergegor!
Dengar kata, kat Klang pun meriahnya boleh tahan. Macam 'Negara Bergolak' katanya.

Hahaha tempat korang macam mana? Meriah ke tidok?

Apa-apa pun...
To my Indian friends and all Malaysians: Happy Diwali & selamat bercoti :)


Luv,
Marlina


Selasa, 21 Oktober 2014

Random.




Luv,
Marlina

Bunga Asah Pensil.

Assalam semua. Salam Selasa.

Sorry dah berapa hari tak update.
Sebab sibuk dok godek-godek camne nak update blog dgn cepat dan sepantas kilat guna iPong ni.
Jenuh juga kena backup gambar-gambar kat Google+ pastu baru boleh upload.

Tapi takpe. Semua dah settle.

Nak cerita ni...
Haritu ada pergi nurseri bunga. Macam biasalah, rambang mata!
Pusing punya pusing, last-last beli bunga ni.

Korang tahu tak apa nama bunga ni?
Aritu tanya abg nurseri tu. Cakap pun perlahan je, macam dalam kelambu. Haha.
Sudahnya, beli tak tahu nama.



Macam lebihan asah pensil kan bentuknya?

Sekali angkut 3 pot!
Pink. Maroon. Purple. Sebab 3 pot RM10 je uols.
Rugi tak beli.





Nak jaganya pun senang.
Siram sehari sekali. Bagi kena matahari. Baja 2 minggu sekali.
Ye laa, kiter duduk apartment je. Bunga-bunga ni semua dok kat balkoni.
Mestilah kena pastikan cara nak menjaganya senang kan...

Tengok tu, banyak pulak putiknya.





Tak sabar nak tunggu kembang semua.

Siapa yang ada tanam bunga kat balkoni?
Meh laa kongsi-kongsi cerita dgn kiter.
Seronok nak belajar :)

Luv,
Marlina



Sabtu, 18 Oktober 2014

Kek Sunquick Kukus ku.

Haluuu Salam Sabtu!

Saje nak kongsi, semalam kiter buat kek.
Kek Oren Sunquick versi kukus. Aik, nape tak bakar?

Camni ceritanya... Dah beberapa kali try bakor kek, tak menjadi.
Luar gebus gebas. Dalamnya ada bahagian tak masak sekata.
Last-last, kukus je paling selamat.
Tak membazir bahan. Paling jimat.

Nah resipinya!
Moga murah rezeki empunya resipi.



Ikut sejibik-sejibon. Cuma kiter tambah esen vanila 1 penutup + sikit parutan kulit oren.


Pastu, kukus 1 jam.




Pastu, siap!



Boleh buat stok minum petang.
Or potong siap-siap letak dalam bekas, simpan dalam peti sejuk.
Kot-kot ada sesiapa datang, bolehlah dihidang.

Senang.

Selamat mencuba.


Luv,
Marlina


Jumaat, 17 Oktober 2014

Tiada lagi InstaGila.

Salam Jumaat semua!
Eh ada ke yang baca ni? Haha takpelah kiter bagi je lah salam.

Korang ada Instagram tak?
Dulu masa mula-mula signup Instagram, memang gian.
Gian nak upload gambar. Kalau boleh semua gambar nak amik.
Main-main effect/filter, edit-edit konon-konon berseni sangat.

Upload punya upload hari-hari, sampai dah 1360++ posts!

Baru-baru ni sejak dah tak kerja ni, tetibeh datang hidayah. Bluwekkk!
Takdelah... Sebenarnya, nak kurangkan bersosial di sosial media ni je.

Habis kiter delete-delete gambar sampai tinggal 339 posts je takat hari ni.



Kalau yg ada IG tu,

Jangan lupa cari hashtag ni:




#YelloDapo #yellodapoMarlina
- Kat situlah koleksi dapur berasap kiter. Maklumlah, kiter jarang turun dapo orangnya. Sekali turun, nak-nak berjaya pulak cuba resipi baru, mestilah kena rekod. Very the Hari Ini Dalam Sejarah.




#ProjekTamanAstakoNa
- Yang ni pulak koleksi bunga-bunga & pokok-pokok kat balkoni comel kiter ni. Saje seronok-seronok, terapi diri katanya. Hijauuu rasanya mata hitamku.

#Marlinadantehais
- Siapa Hantu Teh Ais kat sini? Ok, seppp sikit! Kiter suka explore try-try Teh Ais. So, kita share ala-ala review gittew Teh Ais mana yg terbaek! Kalau korang ada port Teh Ais best kat tempat korang pun, letak sekalilah hashtag ni. Kiter nak try jugak pelisss

Sebenarnya kalau cerita pasal hashtag ni, banyak lagi projek-projek hashtag kiter macam #100daysofhappiness #365daysofhappiness #pantang30hari and macam-macam lagi lah.


Luv,
Marlina



Khamis, 16 Oktober 2014

Selamat Tinggal, Twitter!

Assalamualaikum. Haluuuu!
Buat apa tu?
Nak bagitau ni, kiter dah delete account Twitter.
Mula Tweet rasanya 2009.
Tapi sejak dah masuk 2014 ni, rasa macam hmm malas nak ber-tweet.

Jadi? Kasi totop lah!

Mula-mula terkial-kial gak dok carik 'Deactivate Account'.
Kalau guna fon, carilah sampai bila pun memang tak jumpa.
Nasib baik ada bantuan Abang Google.


Sekali lafaz. Settle. Yabedabedooooo!



Luv,
Marlina

Blog 2.0

Assalamualaikum bloggers!

Lama betul rasanya tak ber-blog.
Pernah singgah pinxterritory.blogspot.com? Haaa tu lah blog lama kiter. Blog zaman-zaman gonjeng, orang kata! Teehee.

Dah dah dah tak payah ingat blog tu. Meh baca sini pulak ok?
Manalah tahu kot-kot dapat inspirasi baru

Luv,
Marlina